Khamis, 22 Disember 2011

Hari ini.....seramai 1000 orang telah berkunjung ke blog saya...

Terima kasih kepada semua 'pengikut' dan kepada sesiapa yang telah berkunjung ke blog saya.

Hari ini seramai 1000 orang pengunjung telah membaca blog saya.

Saya membina tapak blog ini pada penghujung tahun 2009.
Saya belajar dari En. Hamzah pensyarah IPGM kampus Perempuan Melayu Melaka.

Terima kasih.

Sabtu, 17 Disember 2011

Anak Apak memoir yang banyak memberitahu.....



Saya memiliki perpustakaan peribadi yang memenuhi salahsatu bilik di rumah saya. Hobi saya ialah membaca buku politik. Saya meminati buku tulisan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Saya banyak membaca buku tulisan Tun Dr.Mahathir, Tuan Guru Nik Aziz, Zahid Ibrahim dan terbaru Anak Apak buah tangan Subky Latif. Saya kini mengimpikan buku Memoir Syed Husin Ali. Saya masih menanti tulisan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang menyentuh hati saya,Subky latif menyatakan dibelakang bukunya. Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan memoir ini.

Apabila cuti bermula saya tercari-cari buku yang dapat mengisi lapang. Alhamdullilah saya menjumpai buku berjudul Anak Apak dan dapat menghabiskannya dalam masa seminggu.

Buku berhalaman 437 muka surat sarat dengan sejarah diri Subky Sendiri, sejarah negara dan sejarah asal duduk beberapa orang ternama di sekeliling Subky.

Permulaan Memoir ini bermula dengan penuh penceritaan bagaimana insan yang bernama Subky berjaya menjawat jawatan sebagai wartawan. Sukarnya mendapat pekerjaan ketika itu apatah lagi sekarang.

Saya juga seolah-olah dapat melihat bagaimana semangatnya Angkatan Pemuda Insaf (API)memulakan api kemerdekaan. API yang bersongkok dan menjadi anak Melayu yang bersemangat mempopularkan perkataan MERDEKA. Dari sini kita dapat melihat Parti Kebangsaan Melayu Malaya antara yang terawal memperjuangkan kemerdekaan. Subky menggambarkan API menjadi tentera bagi mencapai kemerdekaan. Apa yang diutarakan oleh Subky amat menarik Askar Melayu adalah antara yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Melayu, tetapi berada dibawah perintah Inggeris. panglima-panglima pentingnya masih tentera Inggeris yang dipinjamkan kepada Askar Melayu. Dalam masa perang kemerdekaan itu nanti, Askar Melayu tidak dapat diharapkan akan memihak kepada barisan kemerdekaan, malah tidak dapat diharapkan untuk bersikap kecuali. Mereka bukan musuh, tetapi keadaan yang ada, mereka dikawal dan dikuasai oleh musuh kemerdekaan. Saya tidak berani mengulasnya panjang kerana datuk saya juga seorang anggota Polis sekitar tahun 50-an hingga 70-an. Ayah saya juga seorang Askar.
Jadi bijak-bijaklah kita menilainya.....

UMNO lahir selepas itu UMNO dibawah Dato' Onn ditubuhkan bertujuan menentang Malayan Union dengan slogan HIDUP MELAYU dan sejurus selepas itu memperjuangkan kemerdekaan. Sebenarnya kemerdekaan ini diusahakan oleh banyak pihak. Samada ia menjadi wira yang didendang mahupun tidak. Sebagai contohnya anak-anak muda sekarang hampir melupakan Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak dan dua orang rakannya iaitu Uda Bakti dan Itam Tihat. Subky dengan memoirnya telah cuba mengingatkan kita semua dengan kependekaran pahlawan Melayu berjuang walaupun hanya bersenjatakan keris.

Apak telah mengajar Subky mengaji sepanjang membonceng basikal juga amat jelas kepentingan agama. Amat menarik...tetapi ibubapa kini membawa kereta berhawa dingin sambil didendangkan lagu-lagu terkini buat santapan halwa telinga.

Kekerasan hati Apak yang menolak tawaran untuk Subky ke MCKK juga menunjukkan pegangan kuat Apak untuk menjadikan anaknya itu tokoh ulama' terkemuka. Apak tidak mahu anaknya terdedah dengan budaya kafir. Mungkin jika Subky menerima tawaran ke MCKK dia mungkin menjadi tokoh besar dalam kepimpinan negara hari ini. Tetapi bagi Subky amat berterima kasih kepada ayahnya dalam kehidupan yang ingin dicorakkan padanya. Menjadi tokoh agama adalah matlamat Apak bagi Subky.

Sebenarnya banyak lagi yang menarik dalam Anak Apak ini. Tidak dapat saya nak tuliskannya semua. Namun demikian ia adalah sesuatu amat menarik untuk kita teladani melalui insan bernama Subky. Semua orang ada memoirnya tersendiri tetapi pada saya memoir Subky ini amat menarik dan saya tidak sabar menunggu dua buku yang dijanjikan oleh Subky selepas ini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Subky dan terus menulis buat tatapan semua.

Kepada sesiapa yang belum mendapatkan buku maka wajarlah mendapatkannya.

Antara menarik perhatian saya ialah perkenalannya dengan Pak Lah semasa zaman GPMS, pengalamannya bermain dengan anak dan adik Chin Peng, gambaran jelas suasana pilihan raya pada 27 Julai 1955. Apa yang menyedihkan Subky tidak merasa walaupun sesuap mi ketika bertungkus lumus membantu digerai tersebut. Walaupun bukan itu yang diminta.

Semangat setia kawan berkayuh basikal dari Setiawan ke Ipoh. dan kesemua rakan-rakannya menjadi orang besar dalam negara.

Kita juga betapa pentingnya memartabatkan tulisan Jawi melalui kaca mata Subky dan terakhir sekali penceritaan Subky calon pilihan Tok Penghulu. Tetapi seperti kata Subky jika dia berjaya menjadi Tok Penghulu mungkin dia tiada dapat ke serata dunia. Dapat pula mengiringi Tun Razak ke luar negara.

Dua gambar yang menarik perhatian saya ialah gambar Subky menjadi MC pada majlis yang dirasmikan oleh Tun Razak dan gambar Subky terkini bersama Apaknya.

Tahniah Subky yang layak saya panggil Pak Cik kerana usia saya yang masih mentah.
Terima kasih.

Setelah saya membaca kisah hubungan Subky dengan mantan PM ke-5, Saya teringin membaca buku Memoir Tun Abdullah Ahmad Badawi...kerana dia seorang pewaris Ulama' Pulau Pinang dan bagaimana dia memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya. Jatuh bangunnya dalam politik daripada team B sehinggalah dia menjadi PM. Dan yang pastinya apakah luah hatinya setelah dikecam teruk oleh Tun Dr.Mahathir.

Mungkin apabila Tun membaca memoir sahabatnya Subky, akan menjadi titik tolaknya menghasilkan bukunya sendiri.

Kasut sekolah bertali tidak sesuai untuk murid Tahun 1



Kasut sekolah bertali tidak sesuai untuk murid Tahun 1.

Dalam memilih keperluan anak-anak menempuh alam sekolah, kasut adalah suatu perkara penting. Harga kasut untuk murid sekolah rendah adalah antara RM 20 hingga RM 30. Jumlah pembelian kasut terpulang kepada kemampuan ibubapa. Jika mampu saya cadangkan belilah kasut sebanyak dua pasang. Ini penting kebanyakan anak kita bersekolah petang. Hari Rabu atau Khamis bolehlah memakai kasut yang kedua.

Pemilihan kasut yang sesuai bagi murid Tahun 1 ialah kasut 'zap-on'.
Kasut sekolah bertali tidak sesuai untuk murid Tahun 1.

Melihat kerenah murid-murid Tahun 1 kadangkala amat mencuit hati. Kadang-kadang terkenang pula semasa zaman kanak-kanak dulu. kadangkala saya kerap menegur murid-murid supaya mengikat tali kasut mereka. Habis hitam hujung tali kasut dibuatnya.

Namun demikian penggunaan kasut bertali sekarang tidak sepopular dahulu. Sekadar berkongsi pengalaman cuma ada beberapa orang murid Tahun 1 yang cuba-cuba memakai kasut bertali. Kasut bertali ini sesuai untuk murid Tahap 2 iaitu bermula tahun 4.
Kasut sekolah bertali tidak sesuai untuk murid Tahun 1 kerana :

1. Menjimatkan masa. Ibubapa tidak perlulah sibuk-sibuk mengikatkan tali kasut anak-anak ketika waktu pagi. Murid Tahun 1 kebiasaanya tidak mampu mengikatkan tali kasut dengan kemas. Ibubapa juga tidaklah perlu mengikatkan tali kasut saban minggu.

2. Di sekolah memerlukan pergerakan yang banyak . Murid-murid perlu ke perpustakaan, ke makmal komputer dan ke bilik J-Qaf memerlukan murid membuka kasut. Bayangkan murid-murid Tahun 1 perlu membuka dan memakai kasut yang kerap. Murid-murid Tahun 1 yang memakai kasut 'Zap-On' adalah lebih pantas berbanding murid yang menggunakan kasut bertali.

3. Murid juga akan bersukan. Murid akan berlari dengan penuh semangat. Ketika itulah tali kasut mereka akan terbuka. Adalah menjadi bebanan kepada murid kerana dengan kerap kerana mengikat tali kasut mereka.

4. Murid Tahun 1 juga akan kerap ke tandas.

5. Murid Tahun 1 akan memijak taki kasut yang sering terbuka.

Kini terpulanglah kepada ibubapa untuk memilih kasut yang sesuai. Jika tetap memilih untuk memakai kasut yang bertali pilihlah tali yang lebih pendek.

Rabu, 7 Disember 2011

Persediaan murid ke tahun 1

Selain persiapan pakaian ada aspek lain yang perlu dipertekankan oleh ibu bapa sebagai langkah awal sebelum menghantar murid ke pintu pagar sekolah pada 4 hb Januari 2012.


Sebagai seorang guru saya memikirkan anak-anak kita memerlukan beberapa persiapan antaranya :

1. Ibu bapa perlu mengenalpasti sekolah yang mana perlu didaftarkan anak mereka. Kebiasaannya sekolah telah menghantar surat untuk pendaftaran. Pastikan tarikh orintasi murid, pembelian buku tulis dan senarai barang yang disyorkan oleh pihak sekoalah seperti baju sukan, lencana sekolah dan lain-lain lagi.
2.Bagi murid perempuan ibubapa perlu membuat keputusan memakaikan anak tudung ataupun tidak. Tinjauan saya ialah di tiga buah kelas di sekolah ini ialah daripada 15 orang murid 6 orang daripadanya telah diprogramkan oleh ibubapa tidak memakai tudung. Saya ada bertanya kepada ibubapa yang tidak memilih anak mereka memakai tudung jawapannya ialah panas dan selepas rehat biasanya tudung akan kotor terkena makanan. Pilihlah yang terbaik untuk anak kita. Pada saya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika ibubapa tetap memilih untuk tidak memakaikan anak tudung pastikan ia diikat rapi. Pihak sekolah kebiasaanya menetapkan warna getah atau reben yang dibenarkan untuk mengikat rambut.
3. Pastikan anak-anak kita dapat berinteraksi dengan rakan dan berkongsi dengan rakan
menggunakan sesuatu barangan. Kebiasannya anak-anak telah didedahkan untuk bergaul semenjak di pra lagi. Kita boleh melihat pergaulan anak-anak kita semasa di taman. Kita juga perlu menegur anak-anak kita jika dirasakan perlu. Jika ada kesilapan mereka janganlah dimarahi tetapi tegurlah dengan lemah lembut. Paling penting nyatakan sebab dan akibatnya. Contohnya "adik tidak boleh ambil barang kawan nanti......".
4. Bagi aspek pembelajaran yang asas sebagai ibubapa pastikan anak kita dapat menulis huruf besar dan kecil dengan baik. Pastikan anak kita dapat memegang pensel dengan betul. Gunakan buku garis tiga. Kita juga perlu murid dapat menguasai huruf vokal dan dapat membaca sekurang-kurangnya dua suku kata. Jika anak-anak kita sekadar menguasai dua suku kata dia pasti akan ketinggalan berbanding rakan lain. Jika kita inginkan kelebihan anak2 sebagai ibubapa bimbinglah mereka sepanjang cuti ini. Belilah buku persiapan ke tahun 1 atau buku tahun 1 untuk kita bimbing mereka.
5. Hantarlah mereka mengaji al-quran di kampung atau di taman kita. Umur 4 atau 5 tahun adalh masa terbaik kita menghantar mereka mengaji. Jika umur telah menjangkau 6 tahun masih belum menghantar mereka mengaji. Cari-carilah guru mengaji sekarang.

6. Hantarlah anak ke sekolah agama. Ada seorang bapa menyatakan kepada saya.Pelajaran anaknya agak merosot kerana terlalu penat kerana perlu ke sekolah petang. Tahun berikutnya dia memberhentikan persekolahan agamanya. Kesudahannya pelajaran anaknya makin merosot. Jadi menghantar anak ke sekolah petang bukanlah alasan prestasi pembelajaran anak menurun.
7. Pastikan kenderaan untuk menghantar dan mengambil anak-anak kita. Jika memilih van di luar pastikan ia berlesen dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM.

Beberapa pemasalahan anak-anak di tahun 1 sekadar pengalaman saya.

1. Menangis di hari pertama persekolahan.
2. Tidak mengkut jadual waktu.
3. Mengoyakkan buku tulis.
4. Bergaduh dengan rakan.
5. Tidak berani menjawab soalan guru.
6. Kehilangan buku teks, tulis dan alatulis.
7. Kehilangan wang saku sekolah.
8. Memberikan barang sendiri kepada rakan.
9. Kerap mengasah pensel.
10. Kencing di dalam kelas.

Selamat menghantar anak di tahun 1 di kelas nanti. Jika anak kita menangis kenanglah waktu kita seusia mereka.

Kepada 2 orang anak buah saya Alyaa Fatihah dan Muhammad Daniel selamat ke tahun 1.

Isnin, 5 September 2011

Satu Pandangan Berbeza Maksud...

Saya budak baru belajar guna DSLR Sony A290L





DSLR SONY A290L....SUATU PERMULAAN YANG BAIK.

Kegilaan penggunaan DSLR adalah satu fenomena baru meletus di kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur. Pada saya ia bukanlah menjadi suatu kewajipan dan keperluan dalam menjalani hari-hari yang mendatang. Namun demikian setelah kamera kompak isteri saya berjenama Sony terhempas ia akan sesuatu kehilangan pada kami. Namun demikian saya tidak menyalahkan jenama Sony tetapi ia berpunca daripada kelalaian saya sendiri. Bergerak atas itu saya ke kedai kamera yang agak popular di Batu Pahat iaitu Charlie di BP Mall. Saya mengantikan kamera kompak isteri saya dengan jenama Samsung dengan harga RM 599.00.

Namun demikian saya telah membeli sebuah kamera DSLR berjenama Sony. Ia bukanlah terkini kerana DSLR SONY A290L setahu saya sekitar bulan Mac 2011. Saya menyedari hakikat jenama NIKON dan CANON agak menguasai pasaran DSLR. Namun saya percaya DSLR berjenama SONY juga tidak kurang hebatnya.

Mungkin pandangan negatif kepada DSLR berjenama SONY kerana lens tidak boleh dikongsi dengan jenama lain. Kos barangan SONY mungkin mahal. Namun pada saya penggunaan DSLR SONY A290L agak mudah dan saiznya juga tidak terlalu besar dan ia juga ringan. Sebagai pembeli yang tidak mempunyai ilmu berkenaan DSLR dan tidak berhajat memperuntukkan wang yang banyak atas keinginan tanpa diundang saya berpendapat DSLR SONY A290L dengan harga RM 1399.00 adalah jawapannya. Saya juga tidak bercita-cita menjadi jurugambar atas memenuhi perkhidmatan orang lain seperti jurugambar orang kahwin dan lain-lain lagi. Ia sekadar mengambil gambar keluarga dan koleksi peribadi. Saya memilih DSLR SONY A290L dan ia ternyata lebih berkesan berbanding kamera kompak milik isteri saya. Isteri saya memilih kamera kompak kerana mudah dan kecil untuk dimasukkan ke dalam tas tangannya. Ternyata apapun jenis kamera ia mempunyai kelebihannya.

Walaupun mungkin Sony adalah jenama ketiga di belakang Nikon dan Canon saya rasa ia memadai. Dalam ilmu yang kosong dalam teknik mengambil gambar hanya sekadar berpandukan buku manual. Inilah hasil gambar yang saya perolehi...

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus Raya 2011...antara kesyukuran atau masih tidak cukup?

Saya mendapat tahu agak lewat berkenaan bonus hari raya 2011, saya mendapat sms dari rakan yang berpengkalan di Sabah...terima kasih rakanku Jafrin Empok seoarang Pembantu Tadbir di salah sebuah sekolah di Sabah...mesej tersebut agak mengembirakan...walaupun berdegar Ceupacs memanjatkan surat permohonan di pintu YAB PM... dengan dua bulan gaji...

Saya juga tidak menyalahkan Ceupacs kerana menurut kata orang..kalau mintak banyak sekurang-kurangnya dapat separuh daripada itu...Mungkin berpegang daripada itu Ceupacs memainkan gendang gimik seluruh kampung. saban bulan Ramadhan...

Saya secara terus terang bersyukur atas pemberian bonus kali ini...walaupun belum dikurniakan cahaya mata...beban mungkin tidak terasa seperti rakan-rakan lain. Namun demikian apabila tiba saat hari raya sedikit sebanyak sejumlah kewangan perlu diperuntukkan...manakan tidak duit raya sanak saudara, anak-anak murid yang bakal berkunjung, kuih-muih, lauk pauk hari raya...itu belum lagi dengan kehendak-kehendak lain yang datang tiba-tiba...seperti karpet baru, bekas kuih baru...bunga-bungaan baru dan pelbagai lagi...

Sesampai sahaja di surau...rata-rata rakan warga Perkhidmatan awam... memberikan reaksi spontan...bolehlah dari tak der, oklah tue atau yang lebih positif ucapan kalimah Alhamdullilah... semuanya menunjukkan rasa kelegaan...sekurang-kurangnya PM memberikan respon pantas melalui permohonan Ceupacs...

Pada saya...memandangkan rekod PM terkini...tidak akan memberikan sagu hati hari raya yang banyak....paling-paling RM 500.00. saya dan isteri telah mengwujudkan tabung raya bagi kegunaan hari raya kali ini..kini dengan sejumlah tabungan di tambah pula dengan bonus dari PM...saya mampu menarik nafas lega...setidak-tidaknya tak perlulah mengorek wang simpanan yang ada...

Kita perlu bersyukur....jika kita bersyukur pasti akan ditambah lagi...tetapi pasti ada merasakan tidak cukup....terpulanglah pada kita...

Bonus Raya 2011....

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara


2011/08/08
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Ahad, 7 Ogos 2011

Bonus Raya 2011 ???

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.



-- BERNAMA

Sabtu, 6 Ogos 2011

13 tahun pembelajaran BI tetapi masih tidak berkesan?

Kaji pembelajaran B.I

SEGAMAT 6 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris (B.I) di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.

Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

"Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid- murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

"Saya sendiri tidak mampu menjawabnya," katanya ketika berucap sempena lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan itu berpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain.

Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehingga mengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti.

Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar "Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaran mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris.

"Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untuk menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.

Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi kerana bilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda. — BERNAMA

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa kepada teman yang bermusafir di fatamorgana

Salam... Ramadahan sentiasa kembali saban tahun selagi matahari belum menjenguk dari barat...

Ramadhan ketika kanak-kanak semestinya tidak sehebat ketika berusia 30-an...tatkala kanak2 kita mungkin hanya perlu menahan lapar dan dahaga...jika tidak mampu mungkin ibubapa kita memberi pelepasan dan kita cuma berpuasa setengah hari..

Apabila kita dewasa pelbagai rintangan kita perlu lalui..munkin lapar dan dahaga kita lepasi...kerana telah di didik semenjak dari kecil...Dugaan lain yang perlu kita lalui ialah mendidik nafsu yang bergelora walaupun syaitan telah diikat rapi..

Pelbagai barangan hendak dibeli perabot baru, karpet baru, baju baru, seluar baru, kasut baru, bekas kuih baru....

Semat berpuasa..kita hanya menumpang...

Jumaat, 22 Julai 2011

Lagi Best....satu lagi pencemaran bahasa.

Saya bukanlah sentiasa mahu berfikiran negatif...
Saya juga bukanlah anti bagi keluaran kereta produa...

Tetapi sebagai guru bahasa saya melihat penggunaan perkataan 'lagi best' merupakan satu lagi pencemaran bahasa. Pencemaran bahasa ini agak mengelirukan murid-murid. Tambahan pula perkataan 'best' seolah-olah dikamuskan dalam Bahasa Melayu bila ia menjadi suatu perkataan yang sering dituturkan.

Saya faham mungkin penggunaan perkataan Lagi Best agak komersial tetapi Kita mungkin sudah lupa...dahulu dengan perkataan 'sure heboh' digunakan dalam mempromosikan aktiviti TV3 namun demikian setelah desakan demi desakan dibuat akhirnya tv3 akur dengan menukarkan kepada 'jom heboh'...ternyata ia tidak mengurangkan pengunjung ke program tersebut.

Mungkin kita boleh menggunakan perkataan perkataan "lagi hebat, lagi baik, lagi mengancam, lagi anggun" atau apa sahaja perkataan yang tidak mencemarkan Bahasa Melayu yang tercinta.

Rabu, 20 Julai 2011

UPU perlu dikekalkan



Unit Pusat Universiti (UPU) perlu dikekalkan kerana pelaksanaannya berkesan ternyata ia memberikan impak positif dalam pengambilan pelajar di IPT.

Saya masuk ke universiti di bawah kendalian UPU dan memberikan kesan positif kepada saya. Pada pendapat saya UPU perlu dikekalkan kerana :

1. Tidak berlaku pertindihan tawaran.
2. Mengelakkan perebutan universiti kepada pelajar terbaik sahaja sahaja dan mungkin memberikan kesan buruk kepada pelajar lain. Mungkin mengecewakan jika seorang pemohon menerima sehingga 3 tawaran dan mereka yang lain gagal mendapatkan tempat.
3. Pengagihan krusus yang lebih berkesan. Pemohon mungkin memohon krusus yang popular sahaja. Jika di bawah UPU pengagihan krusus lebih seimbang dan mengikut keperluan negara.
4. Pemohon yang tidak perlu banyak mengisi borang permohonan.
5. Peluang lebih luas jika memohon di bawah UPU pemohon mempunyai banyak pilihan berbanding memohon kemasukan ke satu atau dua universiti sahaja.
6. Mengelakkan permohonan ke unversiti yang popular sahaja.
7. Permohonan yang standard akan menjamin kemasukan ke universiti lebih lancar lagi.

Jadi tidak perlulah universiti lain ingin berpatah balik kepada cara lama sebelum UPU. Cara terbaik pihak UPU dan universiti perlu mengadakan perjumpaan yang lebih kerap bagi memastikan kehendak kedua-duanya dapat diseimbangkan dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Hanya USM tanpa UPU

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang membenarkan mana-mana institut pengajian tinggi awam (IPTA) selain Universiti Sains Malaysia (USM) membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini hanya USM dibenarkan berbuat demikian memandangkan universiti terbabit telah pun mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Katanya, kementerian juga belum menetapkan sebarang kriteria bagi melayakkan sesebuah universiti untuk memohon dikecualikan proses UPU tersebut.

“Setakat ini semua kemasukan universiti perlu melalui UPU. Pihak kementerian belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan semua universiti berbuat demikian.

“Pengambilan pelajar seterusnya adalah pada September 2012. Ada setahun lagi, jadi tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Universiti Malaya (UM) semalam menjangkakan akan mengikuti langkah USM untuk membuat pengambilan terus pelajar tanpa melalui UPU.

UM kini sedang menunggu lampu hijau daripada kementerian berkenaan manakala USM pula telah memansuhkan penggunaan sistem UPU setelah mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Apex.

Bagaimanapun beberapa universiti awam lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganggap sistem UPU masih relevan.

Isnin, 18 Julai 2011

Fatwa Berkenaan Rokok


Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:


1. Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2. Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.

3. Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.

4. Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.

5. Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.

6. Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “

(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.

(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:


Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 3/2003 yang bersidang pada 21 Syaaban 1424H bersamaan 17 Oktober 2007 sebulat suara bersetuju memutuskan perkara berikut :

1. Menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram.

2. Kempen kesedaran anti merokok perlu diadakan dengan lebih serius kepada masyarakat sebelum pewartaan dibuat.

Cadangan Pewartaan Fatwa Larangan Merokok

Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2010 yang bersidang pada 10 Rabiulawwal 1431H bersamaan 24 Februari 2010 sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :

Mewartakan fatwa pengharaman merokok di Negeri Melaka seperti sighah berikut :

a) Merokok adalah haram.

b) Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

c) Bagi maksud fatwa ini, 'rokok' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

d) Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut :-

- melahirkan sikap serta tabiat yang buruk
- mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan
- membawa kepada pembaziran dan pemborosan yang amat ditegah oleh agama

Sumber : JAKIM.

Ahad, 17 Julai 2011

Isu Guru Kemahiran Hidup

Perkara berbangkit berkenaan guru Kemahiran Hidup

1. Kekurangan guru lelaki mengajar Kemahiran Hidup.
2. Guru tidak menepati opsyen yang diperlukan.
3. Tiada peruntukan komputer dan kemudahan ICT untuk guru KH.
4. Tiada peruntukan waktu masa untuk menyelenggara bilik KH.
5. Tiada pembantu pengurusan bengkel sepertimana pembantu makmal sains.
6. Masalah kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH.


Cadangan
1. Kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH PPPLD ke DGA38.
2. Kenaikan pangkat bagi guru cemerlang KH PPPS dilanjutkan ke pangkat JUSA C.
3. Pertambahan guru lelaki.
4. Hanya guru opsyen mengajar KH.
5. Menyediakan pembantu pengurusan bengkel.
6. Mengwujudkan elaun penyelenggaraan bengkel.
7. Peruntukan penggunaan ICT.
8. Diberikan waktu penyelenggaraan bengkel seperti guru pusat sumber sekurang-kurangnya 2 waktu seminggu.

Syiling Kapur





Projek Buzer Kemahiran Hidup Tahun 5 Dedikasi 2011





Ahad, 10 Julai 2011

Beban kerja guru berlebihan di 4 buah negeri.

Guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain – pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru̢۪ meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran.

Katanya, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar.

â€Å“Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar.

â€Å“Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan,â€‌ katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Lok berkata, bilangan mata pelajaran semakin banyak dan melalui Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih 100 mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar.

â€Å“Adakah kita hanya mahu menggalakkan pelajar mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Jangan lupa bahawa aspek bukan akademik juga penting. Ada pelajar tidak berminat aspek akademik, tetapi mempunyai potensi dalam bidang lain,â€‌ katanya.

Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka, iaitu mengajar.

Bagaimanapun, katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah.

Katanya, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran melantik guru khas untuk mengendalikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta mewujudkan jawatan pembantu guru yang dapat menjalankan kerja perkeranian.

INFO: Kaji selidik NUTP mengenai beban tugas guru

A: Urusan data, fail, buku rekod dan laporan

# Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
# Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
# Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
# Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
# Buku Nilam Sekolah
# Laporan Adab Belajar
# Baitulmal dan biasiswa
# Laporan guru bertugas
# Urusan disiplin pelajar
# Urusan pusat sumber
# Program khas dari Jemaah Nazir
# Buku rekod kerja sekolah


B: Pentadbiran

# Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
# Pengurusan pentadbiran
# Kutipan yuran dan pelbagai
# Guru kelas


C: Kurikulum

# Jenis peperiksaan
# Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
# Kertas kerja kajian tindakan
# Panitia
# Mata pelajaran
# Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
# Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


D: Kokurikulum

# Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar


E: Hal Ehwal Murid (HEM)

# Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama


Oleh Ziauddin Sharuddin dan Nasron Sira Rahim

Lafaz niat puasa sebulan



Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

Guru dibayar kerja lebih masa???

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya guru yang terpaksa bekerja lebih masa hingga lewat petang bagi melatih murid antaranya guru sukan, diberi insentif atau bayaran tambahan bagi menaikkan semangat guru seterusnya menghasilkan pelajar lebih cemerlang.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya menyokong penuh sekiranya guru yang membuat kerja tambahan atau menjalankan pelbagai tugas termasuk mengajar lebih satu subjek diberi insentif bersesuaian dengan kerja keras mereka.

Beliau berkata, sekiranya guru mendapat bayaran bagi kerja tambahan yang dilakukan, ia bukan saja lebih adil bagi mereka malah guru akan lebih berkobar-kobar untuk mengajar selain akan memastikan isu paksaan bekerja lebih masa di sekolah tidak lagi timbul.


“Saya mencadangkan supaya insentif ini mendapat pengesahan daripada pengetua atau guru besar masing-masing serta dibayar mengikut jam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, ada antara guru biarpun terpaksa melatih atau mendidik murid hingga lewat petang, mereka tetap perlu hadir awal pagi ke sekolah keesokannya seperti biasa dan ia tidak adil kepada mereka sekiranya dibayar sama dengan guru yang sering mengelak bekerja lebih masa dengan pelbagai alasan.

Katanya, sekiranya bayaran tambahan itu menjadi kenyataan, kemungkinan besar, guru sendiri akan berjumpa dengan pengetua atau guru besar masing-masing untuk meminta tugasan tambahan.


“Apa salahnya jika guru dibayar bagi kerja tambahan yang dilakukan mereka kerana ini insentif yang sangat baik. Ia bukan saja baik untuk guru tetapi untuk murid-murid juga,” katanya.

Dalam pada itu, NUTP turut berharap Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) yang bakal menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, bakal memberi lebih banyak kebaikan kepada kakitangan awam, termasuk guru di seluruh negara berbanding sebelumnya.


Katanya, NUTP turut berharap semua kakitangan awam termasuk guru akan lebih berpuas hati dan gembira menjalankan tugas dengan ganjaran serta kelebihan yang diterima menerusi Prospek.

“Secara keseluruhannya, kita berharap Prospek dapat memberikan yang terbaik terhadap apa saja cadangan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan Cuepacs baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Prospek bagi menggantikan PTK bermula 1 Julai, dan mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.(sumber:HM,21/6/11)

Alhamdullilah...

Agak janggal untuk berkongsi di blog ... tetapi saya anggap blog saya ni sebagai catatan kehidupan yang boleh dikongsi bersama...

Alhamdulillah Allah menitipkan kepada saya APC pada tahun ini...
Alhamdulillah terima kasih arwah ibu, isteri dan rakan-rakan guru yang lain.

Saya menerimanya dengan penuh rendah hati dan sejuta kesyukuran...

Bersyukur Isteri dilantik ke Jawatan DG41..


Bersyukur ke hadrat Allah swt isteri saya dilantik ke jawatan DG41 berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010. Semoga dengan pelantikan ini isteri saya akan bekerja dengan lebih ikhlas dan kuat lagi.

Segala rezeki yang dikurniakan tak lain tak bukan perlu disambut dengan kesyukuran.
Memang tak semua yang kita akan perolehi sekelip mata...tapi dengan izinNya kita akan perolehinya juga.

Tahniah sayang....

Sabtu, 9 Julai 2011

Drama Makbul TV 2 Setiap Malam Khamis


Apabila pulang dari surau setiap malam Khamis drama pilihan saya adalah Makbul.
Sudah menjadi kebiasaan semasa kecil apabila khamis malam jumaat kita dimomokkan dengan kisah seram. Selalunya pada malam ini, saya diarahkan tidur lebih awal oleh arwah ibu. Tidak hairanlah stesen tv menghidangkan kisah seram dan sudah tentu ia menjadi pilihan kita.

Entah mengapa rasa muak begitu menebal apabila kerap menonton drama seram. Syabas kepada stesen TV 2 menghidangkan drama Makbul. Saya juga menyedari drama ini pada episod ke 4. Banyak kelainan yang saya dapat rasakan melalui drama ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara Zabidi yang kini begitu cergas dengan karya drama Islamik. Malah kehadiran karya daripadanya seakan mendepani isu-isu agama di bandar mahupun di desa. Saya tidak begitu mengenali saudara Zabidi. Tetapi seingat saya dia seorang peguam dan saya mengenalinya melalui tulisannya iaitu 'Tersungkur Di Pintu Syurga'. Beliau juga merupakan orang kuat pertubuhan yang telah diharamkan sewaktu ketika dulu.(Jika saya salah rakan2 blog boleh betulkan saya). Kini beliau lahir dengan buah fikiran yang dapat menafaatkan sewargajagat masyarakat Islam.

Melalui pengamatan saya mengenai Drama Makbul...

Tema
Tema Makbul sungguh jelas ialah berkaitan dengan agama Islam. Kekuatan Doa dan kemakbulannya. Kita pasti akan dapat belajar ciri-ciri doa yang dimakbulkan oleh Allah swt.

Persoalan
1. Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia.
Si Bul mungkin dipandang hina oleh masyarakat kampung kerana sikap lurusnya.
Si Bul juga digambarkan budak bodoh kampung dan hanya bertemankan seekor kera dan
sebuah basikal buruk. Namun siapa sangka doanyalah yang dimakbulkan.
Saya amat terharu apabila dia dipilih oleh Allah swt untuk mengerjakan umrah.

2. Orang kaya biasanya dipandang mulia.
Encik Anuar dipandang mulia oleh masyarakat kampung.
Sehingga semua orang kampung menyangkanya seorang wali. Jadi orang kaya
sepatutnya boleh menjadi contoh kepada masyarakat kampung.

3. Dermawan disayangi oleh orang ramai.

4. Manusia boleh berubah dengan pilihan Allah swt.
Golongan Mat rempit perlu diberi peluang. Siapa sangka mereka boleh berubah.
Semuanya atas pilihan Allah swt.

Watak
1. Bul.
Budak lurus yang baik hati. Pembawa watak Bul sungguh berkesan dan begitu
bersahaja. Saya rasa pilihan pelakon yang begitu tepat.

2. En. Anuar
Orang kaya yang menderma tetapi tidak ikhlas. Cetek ilmu agama dan kerap
mempersendakan agama melalui gurauannya. Datuk Jalaludin Hassan membawa watak
dengan bersahaja tetapi berkesan. Saya tidak sabar menunggu Encik Anuar bertaubat
dengan linangan air matanya.

3. Isteri Encik Anuar.
Seoarang isteri yang baik hati. Tetap menghormati suaminya walaupun menyedari
kelemahan soaminya dalam agama.

4. Tok Imam.
Seorang tok imam yang mampu berkesan dan mampu membimbing masyarakat kampung.

latar belakang

Pemandangan kampung jelas menjadikan drama ini begitu menarik. Kisah ini mungkin sedikit sebanyak menyamai permasalahan di kampung kita.

Saya amat tertarik dengan lagu KU BERMOHON...sungguh menyentuh hati dan penyanyinya dapat menyampaikan lagu tersebut dengan penuh berkesan.

Tahniah kepada TV2,penerbit,penulis skrip,pelakon,penyanyi dan warga kerja Drama Makbul. Semoga perjuangan kalian diterima oleh Allah swt.

Isnin, 4 Julai 2011

Rajatuhurai, bekas murid SK Seri Bemban gantung diri kerana disaman polis



Tiba-tiba ingatan saya berputar kembali tatkala murid ini menghadiahkan kepada saya sebatang pen semasa hari guru pada tahun 2008. Saya mengajarnya Kemahiran Hidup. Namun sayang pemergiannya sesuatu yang tragis dalam tekanan yang begitu menghimpit. Mungkin ada pengajaran terselit di sebalik kejadian ini.

Akibat tertekan selepas disaman polis, seorang remaja nekad menggantung diri dalam bilik di rumahnya di Taman Bemban Utama, di sini, kelmarin.

Mayat, M Rajathurai, 15, ditemui ibunya, S Chinnammah, 49, dalam keadaan leher diikat dengan kain kira-kira jam 5 petang selepas membuka pintu bagi melihat anaknya tidur.

Empat jam sebelum ditemui mati, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban itu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Bemban.

Chinnammah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya bertindak demikian selepas tertekan akibat disaman.

Katanya, kejadian bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia meminta anaknya ke kedai berhampiran membeli makanan.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengetahui anaknya itu menaiki motosikal dan menyangkakan keluar menaiki basikal seperti kebiasaannya.

“Saya mula gelisah kerana kelibatnya belum dilihat berikutan sudah terlalu lama keluar.

“Tiba-tiba muncul kereta polis di depan rumah dan anak saya masuk ke rumah sebelum mengambil MyKadnya.

“Saya yang terkejut terus bertanya kepada polis terbabit dan mereka menjelaskan anak saya ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen berhampiran pekan Bemban,” katanya selepas ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia terus ke Balai Polis Bemban yang terletak dua kilometer dari rumahnya bagi mengetahui kejadian sebenar.

Katanya, dia mengakui memarahi anaknya dengan tujuan menasihatinya sebelum membawanya pulang.

“Ketika menarik tangannya, dia menggigil dan saya terus membawanya pulang. “Selepas makan, dia terus masuk bilik yang dijadikan tempat kami sekeluarga sembahyang dan tidur.

“Dua kali saya menjenguknya dan ketika mahu menyuruhnya ke kedai, saya terkejut apabila mendapati dia tergantung dengan leher dicerut kain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

ibu kepada empat anak itu.

Dia cuba mengejutkan anaknya itu tetapi tiada tindak balas dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Jasin.

“Ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibedah siasat,” katanya.

Dia berkata, anaknya akan tidur jika mempunyai masalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. ~ myMetro

Rabu, 15 Jun 2011

Pengarah Pelajaran Melaka


Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Osman

Rabu, 1 Jun 2011

Kerjaya guru, cuti dan solat berjemaah...

Perjalanan dari rumah saya ke rumah ibu mertua Batu Pahat sekitar satu jam setengah. Dahulu sekitar dua hingga dua jam setengah. Kini dengan Lebuh AMJ perjalanan dapat dijimatkan hampir sejam. Cuti dua minggu agak panjang. Ia memberikan peluang kepada isteri saya berjumpa keluarganya.

Kawan-kawan saya yang lain begitu mencemburui saya kerana katanya cuti guru yang agak panjang. Sehingga dua minggu. Saya hanya tersenyum. Itulah sangkaan saya sebelum saya menjadi guru. Namun demikian disebalik cuti sebenarnya ada tugas yang menanti. Segala kertas peperiksaan penggal perlu di tanda dan buku rekod perlu disiapkan menjelang hari terbuka bertemu ibubapa apabila sekolah dibuka nanti. Namun demikian ia bukanlah sesuatu beban malah saya seronok bagi mengetahui markah-markah murid-murid.

Selain cuti...saya teringat pensyarah maktab saya berkata..kerjaya guru membuka ruang kita mendekati Allah. Ini bukanlah maksud saya kerjaya lain tidak membuka ruang mendekati Allah. Cuma pensyarah saya berkata kita berpeluang solat berjamaah kerana masa yang terluang. Sedikit sebanyak saya mengakuinya. Namun demikian pada saya buka faktor masa segala-galanya. Semuanya terpulang kepada kita mengambil kesempatan. Pada saya kerjaya guru membuka ruang kepada kita mengimarahkan masjid. Terpulanglah kepada iman kita.

Sabtu, 21 Mei 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat






HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.

Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sumber : Mingguan Malaysia

Salam takziah daripada saya.
Al-fatihah.

Tokoh Guru Negeri Melaka 2011

Tokoh Guru Negeri Melaka Tahun 2011

1. Puan Hajah Hamidah Binti Baba.
2. Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Said.
3. Tuan Haji Rashid Bin Yaakop.

1. Puan Hajah Hamidah Binti Baba.
Lahir di Kuala Sungai Baru
Pendidikan awal Sekolah rendah di SK Kuala Sg Baru.
Pendidikan tertinggi Universiti Singapura 1966-1969
Universiti Malaya 1970

Sejarah Perkhidmatan Secara Ringkas
1977-1989 Pengetua SM(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat
1989-1992 Pegawai PPD Batu Pahat
1992-1998 Pengetua MPPPM
1999-2001 Pengarah BTP

2. Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Said.
Lahir di Jasin, Melaka.
Pendidikan awal Sekolah rendah di SK Kesang Tua
Pendidikan tertinggi
1965-1966 Regional Teacher Training Centre Melaka
1969-1972 Universiti Malaya
1976-1977 Stanford Universiti,USA MA Education

Sejarah Perkhidmatan Secara Ringkas
1967-1969 SMK Tun Perak
1983-1987 SMK Sultan Abd Aziz Shah, Kajang, Selangor
1987-1993 Ketua Pen. Pengarah Pusat Perkbgan Kokurikulum
1993-1995 Timb.Pengarah BPG
1997-1999 Pengarah BPG
1999-2000 TImb Pengarah Jbtan Pend.Khas

3. Tuan Haji Rashid Bin Yaakop.
Pendidikan awal Sekolah rendah di SK Bacang.
Pendidikan tertinggi
1970-1972 Universiti Malaya

Sejarah Perkhidmatan Secara Ringkas
Pengetua di 6 buah sekolah
2003 -2004 Timb. Pengarah Bahagian Buku Teks, KPM
2004 -2006 Pengarah Bahagian Buku Teks, KPM

Sumber : Buku Program Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Negeri Melaka.

Kenangan Meraikan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2011

Saat guru lain sedang berehat pada hari Sabtu. Saya lengkap berpakaian batik bagi meraikan hari guru peringkat negeri Melaka. Rakan saya GPK HEM En. Abu Samah datang tepat ke rumah saya jam 7.30 pagi. Di dalam surat tertera guru perlu berada di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka. Saya membawa kereta agak perlahan sekitar 50KM sejam memandangkan jarak rumah saya ke tempat tersebut sekitar 15 minit sahaja.

Perasaan saya agak sedikit teruja kerana inilah kali pertama saya berpelung menyambut hari guru peringkat negeri. Berlainan GPK HEM saya mungkin sudah acapkali menghadirinya memandangkan dia seorang guru veteran dan akan bersara pada tahun hadapan.

Sesampainya saya di sana saya kereta sudah mula bersusun di muka pintu politeknik, saya mengambil keputusan parking di luar kerana yakin jalan sesak di dalam. Telahan saya benar sekali kereta sudah mula sesak walaupun jam masih menunjukkan jam 7.45 pagi. Keadaan di Politeknik Merlimau agak indah dan bangunannya juga agak moden dan menarik. Teringat saya tempat saya belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan,Pahang yang sedikit uzur, ketika itu sekitar tahun 90-an.

Sesampai sahaja dewan juga agak besar dan berhawa dingin sepenuhnya. Pada mulanya saya agak selesa, namun demikian keadaan mula agak meresahkan kerana kehadiran Ketua Menteri Melaka yang agak lewat. Di dalam jadual YAB dijangka sampai jam 9.30 pagi namun demikian beliau sampai sekitar jam 10.30 pagi. Perut juga agak berkeroncong kerana tidak bersarapan pagi. GPK HEM saya tiba-tiba bersuara sepatutnya semua guru dibekalkan sedikit makanan sebagai alas perut. Setidak-tidaknya roti dan air mineral. Saya mengangguk tanda mengiyakannya.

Namun demikian hati saya seakan terubat apabila dapat menyaksikan Persembahan Teater Muzika dari gabungan tiga buah sekolah. Saya tidak ingat nama sekolah tersebut. Namun demikian saya dapat melihat sahabat sata Cikgu Zawawi dari SK Demang Husin.

Sebelum saya terlupa, kalau tidak silap Ustaz Rosli yang mengajar saya di SMK Jasin dahulu menjadi pengerusi.

Saya juga bersyukur dapat melihat sendiri tiga orang Tokoh Guru Peringkat Negeri Melaka.

Tokoh Guru Peringkat Negeri Melaka 2011
1. Puan Hajah Hamidah Binti Baba.
2. Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Said.
3. Tuan Haji rashid Bin Yaakop.

Sekian.

Rabu, 18 Mei 2011

Hadiah Hari Guru

Bercerita mengenai hadiah hari guru...

Adik saya mengajar di sekolah menengah secara berseloroh menyatakan di sekolah menengah tiada budaya memberikan hadiah berbanding di sekolah rendah. Saya cuma tersenyum tanda tidak pasti. Mungkin ada benarnya apabila seorang rakan yang anaknya di sekolah menengah agak malu untuk memberikan hadiah kepada gurunya.

Di sekolah rendah pula lain ceritanya...
Ibubapa berasak di kedai cenderahati memberikan hadiah kepada guru. Mungkin anaknya agak malu jika tidak memberikan hadiah kepada guru mereka. Di saat pertengahan bulan mungkin ibu bapa berkira-kira membelikan hadiah. Rengekan dan rintihan daripada anak membuatkan ibubapa terpaksa menyediakan budget hari guru.

Ada sisipan kenangan ketika saya mengajar di Sarawak... hadiah yang saya perolehi agak menarik. Saya mendapat hadiah beras dan sabun buku.

Sesungguhnya bukan hadiah yang ditunggu oleh guru saban tahun.

Saya amat terharu apabila beberapa orang murid mencium tangan dan mengucapkan selamat hari guru dengan sepenuh hati walaupun tiada hadiah ditangan yang memberi.

Sedekahkanlah al-fatihah bila cikgu tiada nanti.

PERUTUSAN HARI GURU 2011 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


PERUTUSAN HARI GURU 2011
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,
1. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kerana sekali lagi
dapat kita menyambut Hari Guru yang telah mula diraikan semenjak tahun
1972. Betapa mulia darjat guru sehingga 16 Mei setiap tahun dikhususkan
sebagai hari menterjemah rasa penghormatan yang amat tinggi kepada
tuan-puan warga pendidik sekalian. Setinggi-tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada semua warga guru atas jasa bakti yang tidak pernah
mengenal erti jemu dan lelah dalam usaha mendidik anak-anak bangsa
yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan
negara.
2. Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan
kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan menjadi peneraju dalam

membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan
berkeperibadian mulia. Sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya
membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu
empayar. Kegemilangan zaman empayar Rom, keagungan kerajaan Islam
Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui
kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.
Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama
dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru.
3. Sehubungan itu, amat wajarlah pemilihan tema hari guru pada tahun
ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan
fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai
ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun
sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus
dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara
dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya
saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan
nilai sejagat.

4. Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk
memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran
(P&P) di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentulah untuk menghasilkan
anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan
negara. Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi
apa-apa makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di
barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik
dan progresif. Di bahu gurulah diletakkan amanah memastikan kelancaran
dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan 1 Murid 1 Sukan
(1M1S).
5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini
akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.
Pengharapan yang tinggi digantungkan kepada para guru sebagai
pemangkin transformasi untuk memastikan anak didik dipersiap dan
diperlengkapkan dengan elemen sains dan teknologi; komunikasi;
kerohanian, sikap dan nilai; perkembangan fizikal dan estetika;

kemanusiaan juga keterampilan diri. Persekitaran dunia yang semakin hari
semakin kompleks dan mencabar menuntut generasi dan anak bangsa
masa hadapan dibekalkan dengan keupayaan mapan mengharungi apa
juga rintangan yang menerjah.
6. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju
Malaysia menjelang tahun 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010
menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan
Malaysia. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian
pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas
literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan peningkatan prestasi
Pengetua dan Guru Besar. Namun demikian, secantik dan segah mana
pun pelan pendidikan yang direncanakan pasti sukar untuk berjaya tanpa
komitmen dan usaha gigih para guru. Betapa besar peranan para guru
yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
7. Sesuatu yang pasti, transformasi dalam pendidikan akan terus
berlaku. Kenyataan ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi

negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan,
budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. Justeru saya
menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut
sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P
dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan
oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya
terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum,
kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. Ketahuilah bahawa
golongan pendidik bukanlah golongan yang dipinggirkan dalam setiap
perancangan kerajaan di peringkat nasional.
8. Pihak kerajaan tidak pernah sekali-kali memandang sepi jasa bakti
yang dicurahkan oleh para guru. Pelbagai insentif dan inisiatif disediakan
bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan
kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan
jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan mewujudkan jawatan
pembantu guru, menambah baik infrastruktur sekolah, menyediakan
peluang guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga ke
peringkat JUSA C. Sekadar menyebut beberapa contoh, sehingga
Disember 2010, kuota Guru Cemerlang Gred DG54 Sekolah Menengah
telah ditambah menjadi 166 dari jumlah asal sebanyak 100 kuota manakala
bagi Guru Cemerlang Gred DG52 Sekolah Menengah menerima
pertambahan sebanyak 166 kuota menjadikannya berjumlah 416 daripada
kuota asal sebanyak 250.
9. Keprihatinan kerajaan juga adalah menyeluruh tanpa garis
sempadan. Cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas
Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan
Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan muridmurid
walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda
semasa kerajaan. Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa
dipraktiskan oleh pihak KPM bagi memastikan peluang mengikuti
pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara
tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan
fahaman politik. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara.
Semua kanak-kanak mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks
pemerolehan ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada
golongan yang terpinggir. Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi
pendidikan khas disediakan bagi kanak-kanak kelainan upaya. Kanak7
kanak dalam kalangan kurang berkemampuan pula diberi bantuan melalui
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan,
Skim Bantuan Tuisyen dan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan
Beruniform. Manakala bagi kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum dalam kalangan keluarga berpendapatan
rendah layak menerima Biasiswa Kecil Persekutuan atau Program Pelajar
Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh.
10. Menyedari tanggung jawab dan fungsi guru yang amat besar dan
penting, pastilah bukan calang-calang calon yang layak dipilih bertugas di
sekolah dan dipanggil ‘cikgu’. Sehubungan itu, KPM telah mengambil
langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria
pengambilan guru pelatih bagi kursus praperkhidmatan. Pencapaian
akademik yang baik, penglibatan aktif dalam kokurikulum, pencapaian MTeST
dan INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), prestasi temuduga individu
dan kumpulan dan ujian bertulis Bahasa Inggeris diambil kira bagi sebelum
seseorang calon guru pelatih dipilih bagi menjamin kualiti pendidik yang
dikeluarkan oleh institusi keguruan. Langkah untuk meningkatkan
profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus
dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

11. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai
sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau
kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu
memainkan peranan yang berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan
tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha
untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran
proaktif, kreatif serta inovatif. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru
mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran
terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu
menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.
12. Warga guru yang dihargai sekalian, anda semua merupakan insan
yang dianugerahkan dengan kegigihan dan kecekalan yang amat tinggi.
Biar acap kali diterjah dengan dugaan dan cabaran dalam berbagai bentuk,
kubu kesabaran kekal teguh dan kental. Teruskanlah melaksanakan
amanah yang diberikan dengan tulus, berpaksikan integriti dan
berdasarkan etika perkhidmatan. Imej profesion keguruan pasti akan dapat
ditingkatkan. Saya juga ingin menyeru agar para guru semua mematuhi
tata cara yang ditetapkan dalam menangani isu persekolahan terutama
yang berkaitan dengan disiplin murid. Tanganilah setiap masalah yang
timbul secara berhikmah. Nasihatilah murid-murid dengan lemah lembut
dan sentuhlah hati mereka dengan keluhuran, keikhlasan dan kemurnian
jiwa guru semua.
13. Akhir kalam, renungkanlah semula peranan dan tanggung jawab
tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai penjana transformasi pendidikan
negara. Ketinggian kedudukan warga pendidik dalam masyarakat tidak
akan tergugat selagi warga pendidik semua jelas dengan misi dan
matlamat yang ingin dicapai serta tidak mudah berputus asa. Sebagai
pemimpin kepada anak didik, saya berharap agar guru menghayati katakata
Khalifah Abdul Malik bin Marwan ini, "Semulia-mulia manusia ialah
siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat".
WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!

Selasa, 17 Mei 2011

Ucapan Perdana Menteri Sempena Hari Guru 2011


Bismillahir Rahamanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,

1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.

2. Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.

3. Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.

4. Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.

5. Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

6. Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:

7. Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.

8. Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.

9. Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

10. Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

11. Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

12. Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

13. Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.

Para guru yang dimuliakan sekalian,

14. Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.

Pujangga bermadah:

Guru umpama kandil yang terang menyala,

Suluh cahayanya penerang jalan,

Sepatah kata dijadikan pelajaran,

Segumpal pesan dijadikan pedoman,

Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.

15. Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber : http : //www.mstar.com.my/

Antara Lobak, Telur, Kopi dan air panas...

Satu cerita popular dalam sesi motivasi...merupakan singkapan menarik buat rakan seperjuangan yang sering dilanda ujian oleh Allah swt...

Kesemua tiga-tiga unsur iaitu lobak, telur dan kopi dimasukkan ke dalam gelas air panas yang berasingan.

Gelas Pertama Lobak dimasukkan ke dalam air panas.
Sifat lobak ialah keras apabila dimasukkan ke dalam air panas menjadi lembut.

Gelas Kedua Telur di masukkan ke dalam air panas.
Sifat asal telur ialah mudah pecah apabila dimasukkan ke dalam air panas ia menjadi keras.

Gelas ketiga Kopi dimasukkan ke dalam air panas.
Sifat asal kopi pahit apabila dimasukkan ke dalam air panas dan ditambah gula ia menjadi manis.

Kesimpulan kisah...

Air panas itu diibaratkan seperti dugaan dari Allah swt.

Manusia yang pertama seperti lobak. Sebelum ia menerma dugaan daripada Allah swt. Ia kelihatan sungguh hebat dan kuat. Apabila ia diuji oleh Allah swt ia menjadi lemah dan tidak bermaya walaupun pada asalnya ia sungguh kuat dan kelihatan gagah.

Manusia yang kedua seperti telur. Ia seorang individu yang lemah dan tiada kekuatan diri tetapi apabila diduga oleh Allah swt ia menjadi tabah dan kuat dalam menempuh segalanya.

Manusia yang ketiga ialah seperti kopi. Sebelum ia diduga oleh Allah swt kehiupan yang dilalui adalah seperti biasa sahaja. Tetapi apabila diduga Allah swt ia menjadi lebih gagah dan kuat dan mengganggap segala ujian dari Allah swt adalah sesuatu kemanisan dari Allah swt.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari dari dugaan Allah swt... Jadikan dugaan dariNYA itu suatu yang manis dalam kehidupan yang dilalui.

Semoga dengan kisah ini ia menjadi sesuatu kekuatan dalaman ketika melalui lautan kehidupan ini...

Catatan Cikgu Yusri.
Selagi lilin masih menyala.

Isnin, 16 Mei 2011

Tokoh Guru 2011


Pemenang Anugerah Tokoh guru 2011

Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 pula ialah bekas Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Ab Rahim Selamat, 66, dari Melaka; Datuk Siva Subramaniam, 64, dari Perak; Hamedah Wok Awang, 63, dari Pahang dan Datuk Rita Jaafar, 62, dari Sabah.

Mereka menerima wang tunai RM10,000, pingat emas, plak dan sijil penghargaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvesyen Borneo Kuching.


Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Matnor Daim, 68, dipilih Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan ke-40.

Sumber : Berita Harian.

Selamat Hari Guru 2011

Dalam ruang ini saya mencatatkan sejuta penghargaan kepada rakan-rakan dalam AJK kelab guru dan staf SK Seri Bemban lantaran kerahan kudrat bagi mejayakan program pada Hari Guru tahun ini.

Saya mengucapkan terima kasih ini kepada
Cikgu Asmawi -Timb.pengerusi (PA System).
Cikgu Yusmaniza- setiausaha (surat-menyurat,persediaan cabutan nama guru).
Pn. Hasleeza - Bendahari- (arangekan hotel,pungut duit,belikan hadiah).
Cikgu Iswardy - (payung, mc di hotel dan sesi karaoke).
Cikgu Aza,Cikgu Wan,Cikgu Sharifah -(hiaskan payung,bawa hadiah ke hotel).
Cikgu Fakarudin- sukaneka hari guru.
Pn. Noresah - print pada plag.

Terima kasih buat AJK saya.
Selamat Hari Guru
Selagi lilin masih menyala.

konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.