Khamis, 1 Oktober 2015

Kolam Air Panas Jasin Sumber Rezeki..

Mengimbas sewaktu kecil dahulu...tidak disangkakampung saya sesibuk ini...Dahulunya hanyalah satu bangunan kecil dan kami boleh masuk pada bila2 masa..kini menjadi tarikan penngunjung. Tiba anak2 kg Air Panas belajar nak berniaga. Siapa sangka di kalangan kami ada yang membuka kedai Makan..kudin Corner..Abd. Halim dengan gerai pelampungnya. Aris Abdullah dengan Urut Refleksologi.Belia 4B dengan sewaan Gelanggang Futsal.Saya pula belajar2 berniaga dengan Cikgu Yusri Homestay. iaitu jaraknya dalam 3km sekitar 5 minit. Moga Dngan anugerah air yang panas dari bumi kampung kami dapat manfaat bersama.Semoga Allah sentiasa memeliharanya.Amiin.

Alhamdulillah...Cikgu Yusri Homestay di Bemban, Jasin, Melaka.

Bersyukur ke hadrat Ilahi.Semenjak homestay ini mula beroperasi pada 31 Januari 2015 seramai 25 penginap sehingga 30 September 2015.

Selain tambahan pendapatan...yg menariknya ia dapat mengeratkan silaturahim dari Johor, K.L, Selangor dan dari Melaka khususnya.

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan tuan2 semua.

Selain dari majlis perkahwinan...kolam air panas..Asam Pedas Tok kabil..medan ikan bakar..berhampiran mitc..uitm jasin..menjadi daya penarik..

Semuanya dari Allah.

Khamis, 19 Februari 2015