Sabtu, 31 Mac 2012

Tangga Gaji Baru 2012

PUTRAJAYA 31 Mac - Hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara boleh menyemak gaji terbaru masing-masing di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di http://www. jpa.gov.my/ hari ini.

Laman web jabatan itu telah menyediakan cara pengiraan pemindahan gaji kakitangan beserta pekeliling baru mengenai kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam tersebut semalam.

Pengunjung hanya perlu memilih kumpulan perkhidmatan dan mengisi ruang gaji pada aplikasi pengiraan tersebut bagi membolehkan perhitungan pemindahan gaji baru dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu, telah mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Pekeliling Bil 1/2012

Pergerakan gaji tahunan bagi DG41 RM225.00

Pegawai yang tarikh pergerakan gaji pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi gaj1 baru terlebih dahulu dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan.

Juara Pidato BM, Olga kahwini lelaki Melayu.



KUALA LUMPUR 31 Mac - Jika lima tahun lalu dia memilih untuk menyertai Pidato Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri 2007 dan muncul juara, kini gadis kelahiran Rusia itu memilih jejaka Melayu sebagai pasangan hidup.

Olga Vadimovna Vasilevskaya, 24, yang memegang Ijazah Bahasa Malaysia dan Pengajian Sejarah Melayu dari Universiti Moscow, Rusia bertemu jodoh dengan seorang usahawan tempatan, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, 29.

Bukan hanya mencintai bahasa Melayu dan jejaka Melayu, Olga turut mengambil keputusan memeluk agama Islam pada 9 Mac lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan nama Islam, Azizah Abdullah.

Sumber : Mingguan Malaysia

Kenaikan Gaji SSM Baru 2012

Rabu, 28 Mac 2012

Klinik 1 Malaysia Bemban Height, Jasin Melaka.

Alhamdullilah Klinik 1 Malaysia Bemban Height berhampiran dengan rumah saya. Sekitar 3 minit sahaja.

Pertama kali saya menggunakan perkhidmatan di Klinik 1 Malaysia pada jam 9.00 malam. Layanan kepada isteri saya amat baik. 2 orang jururawat dan seorang Pembantu Perubatan (MA).

Suasana selesa dan layanan yang mesra.

Tahniah kepada warga kerja Klinik 1 Malaysia Bemban Height.

Politeknik salah satu laluan ke Universiti...

Saya merupakan graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Saya mengambil jurusan dalam Sijil Penyimpanan Kira.
Saya menamatkan pelajaran di peringkat politeknik pada tahun 1999.
Telah menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan kepujian Pemasaran di Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan keputusan Sijil Penyimpanan Kira.

Pengalaman belajar di politeknik amat menarik. Selain daripada kos yang terlalu munasabah pada ketika itu iaitu RM200.00 satu semester ia juga amat mementingkan kemahiran. Suasana pembelajaran di Politeknik adalah suatu persiapan yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Mungkin tanggapan masyarakat belajar di politeknik adalah 'second class' berbanding belajar di universiti. Tetapi itu pada saya tidak penting. Bayangkan saya cuma belajar di peringkat sijil ketika di politeknik. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan pelajar diploma di politeknik yang sama.

Tetapi alhamdullilah saya berjaya juga melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dengan menggunakan kelulusan sijil di politeknik. Kini saya pemegang Ijazah Sarjana Muda dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam masa terdekat.

Saya juga dapat melihat rata-rata lepasan politeknik dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tanpa sebarang masalah. Malahan pelajar politeknik dianggap 'abang' atau jauh lebih berpengalaman pelajar yang mengambil STPM atau matrikulasi.

Ramai juga rakan saya lepasan politeknik yang tidak mahu sambung belajar dapat pekerjaan yang baik di pasaran kerja.

Jadi, nasihat saya kepada pelajar lepasan SPM yang masih sangsi kepada politeknik. Ubahlah minda...saya juga melihat bangunan lebih canggih di politeknik berbanding pada zaman saya pada tahun 90-an dahulu.

Politeknik antara laluan terbaik ke Universiti.

Isnin, 26 Mac 2012

Apa Celop pencemaran bahasa dan akhlak....

Perkataan Apa Celop..menjadi perkataan yang begitu membingitkan telinga di sekolah.
Secara jujur istilah apa celop merupakan suatu lagi pencemaran bahasa.
Apa yang dicelop saya tak pasti... Murid-murid menggunakan perkataan apa celop dikalangan rakan. Agak kurang manis dan tampak tidak sopan.

Di saat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan menekan cara berkomunikasi dengan baik dalam komuniti sekolah. Kaca TV menjadi agen pemusnah kepada usaha yang telah dijalankan oleh warga pendidik.

Ada kalangan murid-murid mungkin terlepas kata dan gurauan kepada guru-guru.
Benar-benar kurang sopan apabila murid terlajak kata menggunakan perkatan "apa celop cikgu'... hanya kesabaran guru sahaja yang dapat membentengi rasa marah.

Jalan cerita mungkin boleh diterima mungkin sebagai hiburan ringan...
Tetapi tajuk "Apa Celop " memang tidak sesuai...

Musnah bahasa, musnah bangsa, musnah akhlak....

Khamis, 8 Mac 2012

SBPA dimansuhkan SSM dikekalkan

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN