Ahad, 20 Jun 2010

Fadhilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab

Umat disyor tingkat iman, ibadat pada bulan ketujuh kalendar Islam

REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab: Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa 8 hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti
- dia berpuasa 3,000 tahun,
- diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari,
- ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,
- 70 hajat ketika di dalam kuburnya,
- 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit),
- 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan
- 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti
- berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
- Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
- Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah pada Rejab seumpama
- sedekah seribu dinar,
- dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan,
- diangkat seribu darjat dan
- dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Sabtu, 5 Jun 2010

Sekolah Umum Ayer Panas


Nama asal sekolah saya ini ialah Sekolah Umum Ayer Panas, kini di kenali SK Seri Bemban.

Saya mendapat pendidikan awal di bangunan ini iaitu dikenali sebagai Tadika, saya masih ingat nama cikgu saya pada tahun 1983 itu ialah cikgu Shidah dan pembantunya lebih dikenali sebagai kak zah. Pada awal tahun 2010 saya berjumpa dengan kak zah tidak semena kak zah mengambil nama saya dan katanya "awak antara anak murid saya yang berjaya". Alhamdullilah jika saya dikatakan berjaya.

Desakan keperluan semasa bangunan yang banyak jasa ini terpaksa dirobohkan dan didirikan bangunan yang lebih baru dan selamat.

Kini bangunan dan nama Sekolah Umum Ayer Panas hanya tinggal kenangan. Walaupun ada usaha untuk menamakan kembali sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Air Panas tetapi ia ternyata gagal kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Saya juga telah berjumpa dengan salah seorang guru lama yang mengajar di sekitar 70-an iaitu Ustaz Abu Bakar yang kini menetap di Chinchin. Saya juga telah membuat upah haji untuk arwah ibu saya melalui agen Ustaz Abu Bakar ini.

Walaupun banyak taman baru dibuka di sekitar Bemban kampung-kampung tradisi inilah menjadi tunjang kuat kepada kejayaan pada ketika ini.
Kampung-kampung tradisi yang dimaksudkan ialah kampung ayer panas, ulu duyung, lubuk kasau dan asam kumbang.

Kepada yang telah berjaya dari hasil teduhan di bangunan ini, kita harus berterima kasih. Sesungguhnya nostalgia ini besar maknanya bagi mereka yang tinggal di kampung tradisi dalam mukim Ayer Panas.

Perjalanan selepas perjalanan....

1984-1989- SK Seri Bemban (UPSR)
1990-1992- SM Jasin(SRP)
1993-1994- SM Vokasional Melaka Tengah (skrg Teknik)(SPMV)
1995 - Pusat Tutorial Minda (SPM)
1997-1998- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Sijil Penyimpnan Kira)
1999 - Politeknik Ungku Omar (1 semester shj)(Diploma Perniagaan)
Berhenti kerana dapat tawaran ke UMS
1999-2002- Universiti Malaysia Sabah (Ijazah Sarjana Muda Pemasaran)
2006 - Maktab Perguruan Batu Pahat (KPLI)
2007 - Mengajar di SK Sungai Lengan
2008-skrg- Mengajar di Sk Seri Bemban




Jumaat, 4 Jun 2010

Allah lebih menyanyanginya...


Amat pilu bila ibu yang mendidik semenjak kecil susah payah jerih perih tiada di sisi bila di saat kita menempa kejayaan....hari ini....tak sempat nak balas jasa...buntu...asyik teringat pengorbanan mak yang terlalu banyak ...kadangkala perasaan gembira terasa sangat nak dikongsi dengan ibu...aku bernasib baik isteri berada di sisi...