Selasa, 13 Oktober 2009

Sekolah Pertama Saya Di Sk Sungai Lengan Sibu Sarawak.





Saya memulakan perkhidmatan sebagai guru di SK Sungai Lengan pada 3.1.2007. Biarpun cuma setahun saya berkhidmat jauh nun di sana tetapi pelbagai cabaran telah ditempuhi dalam memakai 'pakaian' sebagai seorang guru. Pelbagai isu dan cabaran yang mungkin boleh kita diskusi secara ilmiah. Segala cabaran getir saya dan isteri yang sentiasa di sisi akan dikongsi bersama melalui blog ini. Tunggu hamparan saya bersama gambar yang menarik dan membuatkan kita terfikir betapa beruntungnya kita di sini... walaupun dalam satu negara dan satu Malaysia.

Isnin, 12 Oktober 2009

Isteri Mengikuti Kursus Bina Insan Guru di Kem Kenangan Masjid Tanah, Melaka.



Isteri sedang mengikuti KPLI-KDC-Pendidikan Khas Ambilan Nov 2008 di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Isnin, 5 Oktober 2009

Selamat Hari Raya 2009 dan Salam Perkenalan


Saya dan isteri, Cikgu Hairani mengucapkan Selamat Hari Raya dan menjemput sahabat dan rakan taulan ke rumah kami di JA 8706 Taman Bemban Baru, Bemban, Melaka sepanjang bulan syawal ini. Salam ukhwah dan semoga tali persaudaraan di hari yang mulia ini.