Jumaat, 25 Disember 2009

Rasulullah Selalu Berlapar

Bila saya memandu pulang ke kampung isteri di Batu Pahat saya sering memilih 102.3 MelakaFM. Siarannya dapat sampai ke Batu Pahat..Al-makhlumlah anak Melaka...

Apa yang membuat saya tersenyum bila mendengar lagu makan yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid.. Liriknya membuat saya terfikir mewahnya kita..macam-macam yang dapat kita makan.. belimbing besi, pucuk paku, ikan parang dan macam-macam lagi.. Hari ini rezeki begitu melimpah ruah..bersyukur kita..banyak juga yang kita makan yang kadangkala mendatangkan penyakit...


Bila saya menyelak majalah Solusi Isu No.14..terus saya menarik nafas panjang...

"Rasulullah Selalu Berlapar" Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia"

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku bertanya kepadanya; 'Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawaban Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda. Baginda berasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.'"

Kisah Rasulullah benar-benar membuat saya berfikir...kita satu hari paling kurang 3 kali makan sehari .hingga kenyang dengan lauk-lauk yang lazat-lazat...Kalau kenduri-kendara kadang kala banyak lauk-pauk di buang...

Pernah suatu ketika kita begitu berluap-luap memboikot beberapa restoran fast food..lengang seketika... tetapi kini kalau bukan orang kita yang penuhkan restoran fast food tu siapa lagi...ternyata semangat kita suam-suam kuku sahaja....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan