Sewaktu Tuan Imam bersalam dengan saya selepas solat Isyak, "Jangan lupa minta para jemaah datang awal ke surau, untuk doa awal tahun dan akhir tahun". Semua jemaah menganguk dan saya hanya tersenyum. Bahang perlawanan akhir Bola Sepak sukan Sea sudah berkali-kali dihebohkan di kaca tv2. Setelah 20 tahun menanti, adakah kita berjaya mengulanginya? Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga mengingatkan kalau boleh majikan membenarkan pekerja pulang awal supaya dapat menonton perlawanan akhir tersebut. Saya juga tidak menyalahkan Timbalan Menteri yang segak itu. Memang wajar beliau menjalankan tugasnya.
Cuma bahang Maal Hijrah tenggelam habis. Di TV tiada pula kedengaran lagu Awal Muharam berkemundang yang bagaikan lagu rasmi semenjak dari kecil.
Saya cuma bertanya kepada diri sendiri...mampukah saya datang awal esok ke surau atau mungkin langsung tak berkesempatan membaca doa awal tahun dan akhir tahun.
Hanya kita yang mampu menjawab persoalan tersebut....
Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan