Rabu, 30 Disember 2009

Jawatan antara beban dan tanggungjawab..

Bila akhir tahun bermacam pertubuhan membuat mesyuarat jawatankuasa...yang memegang jawatan 2008/09 berundur yang baru mengambil alih.

Bagi saya memegang jawatan bukanlah diimpikan.jauh disudut hati.lebih senang menabur khidmat di belakang tabir. Namun demikian saya dari dahulu sampai sekarang saya sering mendapat jawatan sebagai ketua. Puas menolak tapi itu yang saya dapat. Bukan saya tidak mahu tetapi bimbang dan takut saya tidak mampu memenuhi harapan orang.

Ketika di Politeknik saya menjadi Pengerusi Kelab Kursus Sijil Penyimpanan Kira. Di universiti saya menjadi Pengerusi Kelab Bahasa Melayu dan Kelab Pemasaran. Pulang ke kampung terus di lantik menjadi Ketua Belia 4B Ayer Panas. Itu semua sejarah...

Tahun 2010 akan datang agak mencabar bagi saya...

Belia...saya telah meletakkan jawatan sebagai ketua belia setelah hampir 6 tahun memegangnya. Saya kini masih memegang jawatan sebagai pengerusi tetap. Apa yang membanggakan saya bila Belia kami dicalonkan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Jasin. Saya telah mengambil tanggungjawab menyiapkan power point untuk penilaian ahli panel. Walaupun sibuk dengan tugasan yang mencabar di sekolah... saya akan curi-curi masa untuk membantu menyiapkan power point tersebut..

AJK persatuan penduduk Taman Bemban Baru... saya sedia sebab dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk taman. Seperti semua sedia makhlum penduduk di kebanyakan taman... adalah sendiri-sendiri. Sebagai orang baru di taman tempat tinggal saya.saya bersedia untuk itu..

Apa yang menjadi membuatkan saya terkejut.. saya telah dipilih menjadi Pengerusi Kelab Guru sekolah... memang saya terkejut..saya sedar tanggungjawab yang bakal dipikul... Sebagai guru yang baru masuk tahun ke 4 mengajar..pemilihan ini memang tidak diduga. Kalau dilihat ramai guru-guru yang lebih layak berbanding saya..Gemuruh juga bila mendapat jawatan ini..Sukar juga melelapkan mata..Saya termenung panjang....Mungkin telah tersurat sejak azali lagi.. saya yang terpilih untuk memegang jawatan ini.. walaupun rasa terbeban.. saya terpaksa terima..Saya mula berfikir jika guru-guru memilih saya...pasti ada yang mereka lihat pada saya.. Bulatkan sahaja tekad... pasti saya mampu melakukannya... Saya cuma berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Saya akan menghadapi apa jua yang mendatang. Saya cuba mencari positfnya saya dipilih.. Melatih saya menjadi guru yang disenangi, berani mengeluarkan idea, memperbaiki mutu pengucapan umum... tidak mengapalah biar saya belajar sedaya mungkin.. Jika saya dikritik saya akan terima. Sebagai guru yang baru dahagakan pengalaman saya harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Saya pasti boleh... tukar minda dari beban kepada tanggungjawab...

Hanya Allah yang memudahkannya... dan mudah-mudahan dijauhkan aib... amin.......

Kepada guru-guru yang membaca bolehlah memberi panduan...

Jumaat, 25 Disember 2009

Rasulullah Selalu Berlapar

Bila saya memandu pulang ke kampung isteri di Batu Pahat saya sering memilih 102.3 MelakaFM. Siarannya dapat sampai ke Batu Pahat..Al-makhlumlah anak Melaka...

Apa yang membuat saya tersenyum bila mendengar lagu makan yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid.. Liriknya membuat saya terfikir mewahnya kita..macam-macam yang dapat kita makan.. belimbing besi, pucuk paku, ikan parang dan macam-macam lagi.. Hari ini rezeki begitu melimpah ruah..bersyukur kita..banyak juga yang kita makan yang kadangkala mendatangkan penyakit...


Bila saya menyelak majalah Solusi Isu No.14..terus saya menarik nafas panjang...

"Rasulullah Selalu Berlapar" Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia"

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku bertanya kepadanya; 'Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawaban Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda. Baginda berasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.'"

Kisah Rasulullah benar-benar membuat saya berfikir...kita satu hari paling kurang 3 kali makan sehari .hingga kenyang dengan lauk-lauk yang lazat-lazat...Kalau kenduri-kendara kadang kala banyak lauk-pauk di buang...

Pernah suatu ketika kita begitu berluap-luap memboikot beberapa restoran fast food..lengang seketika... tetapi kini kalau bukan orang kita yang penuhkan restoran fast food tu siapa lagi...ternyata semangat kita suam-suam kuku sahaja....

Khamis, 24 Disember 2009

Selamat Hari Ulang Lahir Buat Isteri Tersayang.....


Selamat Hari Lahir buat isteri tersayang yang ke-28, semoga sayang sentiasa bahagia dalam lindungan keberkatan daripada Allah swt. Segala apa yang dicita-citakan mudah-mudahan mendapat lorongan yang mudah daripada Allah swt. Selagi mana hajat dan cita-cita itu tepat dalam garisan syariah dan tidak melanggar apa yang dilarang pasti ada jalan untuknya.

Semoga menjalani praktikal dengan sejuta kesungguhan. Jadikan harapan ibubapa sebagai assigment penting buat diri kita sebagai pendidik. Harapan ibubapa adalah cabaran buat kita. Laksanakan P&P yang dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IPGM(K)Perempuan Melayu Melaka. Sediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan murid pendidikan khas. Berusahalah...sayang...pasti boleh berjaya. Kelak bila berjaya dalam KPLI ini akan terlaksana impian menjadi seorang guru.

Dalam kehidupan dunia yang disangka panjang ini...memang banyak yang diidamkan. Dalam usia muda memang banyak yang diingini. Dapatkanlah ia..menjadi nyata tetapi janganlah keterlaluan dan melampaui batas. Segala kemewahan akan dapat dikecapi apabila hati sama dimewahi dengan keimanan dan kesyukuran... Impian dicapai bersama hati yang damai.

sebenarnya dalam usia yang dilewati ia secara hisab bertambah...tetapi hakikatnya usia kita makin pendek di dunia ini... Percaya ataupun tidak kita kini kesuntukan masa dalam menghitung hari ke sana...yang kekal... Semoga kita dapat memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...

Selamat Hari Ulang Lahir ke-28... Hadiahnya.....tutuplah mata...

Majalah Solusi

Saya telah mula membaca majalah solusi semenjak isu ke 7. Secara jujurnya saya merasakan ia adalah suatu medium meningkatkan iman dan dapat menambahkan ilmu. Saya juga baru dapatkan Majalah Isu ke-12.Apa yang menyentuh hati saya tentang artikel iaitu orang yang baik selalunya meninggal dunia lebih awal. 'Kepulangan' Ustaz Asri benar-benar buatkan saya terasa. Tambahan pula 'kepulangan' rakan kampung bertemu Maha Pencipta pada petang mantai raya sungguh mengejutkan. Kita semua tahu yang hidup pasti mati.... tapi kita tak benar-benar takut dan bersiap siaga. Majalah Solusi amat berkhasiat untuk santapan rohani kita. Dapatkan di pasaran sekarang.

Tanaman Hiasan Tahun 4

Definisi
Tanaman hiasan ialah tanaman yang ditanam di kawasan persekitaran dengan tujuan untuk menghiasi kawasan tersebut.

Perbezaan
Tanaman hiasan berbeza dari segi saiz pokok, bentuk, warna dan jangka hayat.

Jenis Tanaman Hiasan
1. Pokok Naungan(pokok tembusu, beringin dan angsana).
2. Pokok Renek (bunga raya, pokok bunga kertas, ixora).
3. Pokok Palma( pinang, kelapa gading).
4. Pokok Memanjat/menjalar(bunga kembang pagi, ros jepun)
5. Pokok Bunga Semusim( balung ayam, keembong, matahari)
6. Pokok Kaktus(espestoa lanata,cereus peruvianus)
7. Penutup Bumi(rumput).

Latihan : Dalam kumpulan cari gambar-gambar tanaman hiasan yang lain dan persembahkan dalam bentuk folio. Hantar tugasan anda sebelum 3o Oktober 2009.

Sumber: Buku Sasbadi
Pengetahuan lanjut : Layari laman web www.agrolink.moa.my

Guru Agama....

Berita perpindahan ustaz di sekolah saya amat memeranjatkan...Bukan terkejut kerana perpindahan tersebut kerana lumrah menjadi pendidik berpindah ke sana dan ke sini, tetapi di sekolah saya cuma ada seorang sahaja ustaz. Bila seorang ustaz ini berpindah tiadalah ustaz di sekolah saya. Cuma yang ada 4 orang guru Agama dan 2 orang guru J-QAF, semuanya guru perempuan. Sehingga tadi (24.Disember) ketika saya bertugas tiada lagi penganti ustaz tersebut. Guru di sekolah saya yang bertukar seramai 2 orang seorang ustaz dan seorang guru Pend.Khas. Guru baru pula datangnya dari major PJK dan PSV.

Agak pelik bunyinya sekolah di kawasan majoritinya beragama Islam iaitu hampir 600 orang murid tiada pula ustaz. Saya amat berharap sekurang-kurangnya seorang ustaz dapat ditempatkan di sekolah saya. Banyak aktiviti yang berbentuk keagamaan memerlukan kepakaran seorang ustaz. Bukankah mata pelajaran Agama Islam dan JQAF itu penting di sekolah? Jadi ketiadaan seorang ustaz di sekolah perlu diambil berat. Saya yakin di sekolah SJKC/T yang cukup kuotanya akan ada guru agama. Tetapi di sekolah yang hampir 600 murid Islam tiada pula walau seoarang ustaz. Siapa yang ingin menjawab...

Khamis, 17 Disember 2009

Perpustakaan Mini Di Rumah...






Perpustakaan Mini di rumah diusahakan bermula daripada berminat mengumpul majalah semasa belajar di universiti dahulu. Majalah yang popular ketika itu Majalah Massa. Namun sayangnya majalah tersebut berkubur begitu sahaja. Memang ketara majalah yang berbentuk ilmiah kurang mendapat sambutan. Sejak dari itu, secara tidak sedar buku dan majalah saya bertambah dari situlah wujud idea mengwujudkan perpustakaan mini di rumah.

Saya dalam usaha mengwujudkan perpustakaan mini di rumah dengan rekod sistem komputer. Kekurangan ilmu dalam kod, kategori membuatkan rekod buku agak tidak tersusun sekarang. Namun demikian semua buku tercatat tarikh dibeli dan harganya. Saya akan mendapat bimbingan tidak formal daripada Guru Pusat Sumber Sekolah, Cikgu Asmawi.

Cita-cita saya memang tinggi ingin memasukki pertandingan Perpustakaan Mini Di Rumah tetapi mungkin 2 hingga 3 tahun dari sekarang. Jika ada pengunjung ada tips untuk memperbaiki Perpustakaan Mini bolehlah memberi panduan... Terima kasih.

Antara koleksi saya :

1. Buku Ilmiah.
2. Buku Agama.
3. Buku Falsafah.
4. Novel Sastera.
5. Novel Tulisan jawi.
6. Buku Kanak-kanak.
7. Majalah Massa.
8. Majalah Tamadun.
9. Majalah Dewan Agama Falsafah.
10. Majalah I Islam.
11. Majalah Milenia Muslim.
12. Majalah Aniqah.
13. Majalah Nur.
14. Majalah Solusi.
15. Majalah Dewan Masyarakat.
16. Panduan Pelancongan.