Satu kesedihan yang panjang bermula 13 Jan 2010. Ibu tersayang meninggalkan aku di dunia dalam dahaga kasih sayang padanya...
Saya begitu merinduinya.... rindu nak berbual denganya, rindu nak rasa belaian tangannya di kepala... rindu nak mencium tangannya... rindu nak memeluknya.. rindu nak mencium dahinya... rindu pada suaranya... rindu pada rautnya.. segalanya terasa amat rindu pada ibu yang amat dicintai...
Hebat sungguh dugaanya Mu ya Allah....
Aku tahu ibu amat menyayangi diriku.. memberi kasih sayang amat dalam... ibu yang telah memberi berjuta-juta pengorbanan aku... segala derita ada tempat nak aku luahkan.. segalanya pada aku mak... mak.. mak.. kasih nya pada ibu yang telah pergi...
Tak tertanggung dek badan... kosongnya hidup tanpa mak di sisi...
Segalanya tinggal kenangan yang akan tersemadi dalam lubuk hatiku yang dalam... Sukarnya aku menerima kenyataan... masih terngiang-ngiang panggilan ibu yang sering dalam kesakitan... mak along sayangkan mak...mak tinggallahkan along di dunia ini...
Rukun iman percaya pada Qada' dan Qadar.... semua orang boleh cakap... tetapi bila hendak dipikul pasti berat.... ALLAH... Allah... Allah..
Mak... dengarlah along tak akan melupakan segala kasih sayang mak pada along.. Along tidak akan berhenti membantu mak di alam sana... mak kan ada along...segunung doa akan along kirimkan pada mak... mak tenanglah di sana ada kasih sayang along dari sini buat mak....
Ya Allah perbaiki akhlakku... jadikan aku anak yang soleh buat peneman ibuku di sana... Mak along relakan mak pergi dalam dakapan al-fatihah yang pasti sampai buat mak... Ya Allah ampuni segala dosaku ibuku... kasihanilah dia...
Mak... suatu hari nanti pasti kita akan berjumpa lagi... akan along dakap mak sekuat hati along....Sayang mak.... sayang mak.... sayang mak..... al fatihah...
Khamis, 28 Januari 2010
Sabtu, 9 Januari 2010
Langkah Pertama Di SK Sungai Lengan

Ketika temuduga "Awak sanggup posting di Sabah atau Sarawak".. "sanggup"...Kesanggupan saya benar-benar menjadi kenyataan. Memang jauh dari jangkaan saya dipostingkan ke Sarawak. Berat benar kerana kaki melangkah...bukan sebab apa. Mak tak berapa sihat buat dialisis. Yalah dah puas belajar kat Sabah dulu. Dah tiba masa nak balas jasa duduk dengan mak. Tambahan pula Mak tak sihat. Namun demikian Allah lebih bijak mengatur. Setahun di Sungai Lengan.
SK Sungai Lengan terletak di Kawasan Sibu. Perjalanan dari Sg Lengan ke Bandar Sibu lebih kurang 3 jam. Pengangkutan adalah bot. Lebih mencabar berbanding BIG.Berhampiran dengan sungai. Keluar ke bandar biasanya sebulan sekali.
Murid 50 orang. Guru 6 orang. Calon UPSR 13 orang. Murid terbaik 3A 2B.
Labels:
SK Sungai Lengan
Rabu, 30 Disember 2009
Jawatan antara beban dan tanggungjawab..
Bila akhir tahun bermacam pertubuhan membuat mesyuarat jawatankuasa...yang memegang jawatan 2008/09 berundur yang baru mengambil alih.
Bagi saya memegang jawatan bukanlah diimpikan.jauh disudut hati.lebih senang menabur khidmat di belakang tabir. Namun demikian saya dari dahulu sampai sekarang saya sering mendapat jawatan sebagai ketua. Puas menolak tapi itu yang saya dapat. Bukan saya tidak mahu tetapi bimbang dan takut saya tidak mampu memenuhi harapan orang.
Ketika di Politeknik saya menjadi Pengerusi Kelab Kursus Sijil Penyimpanan Kira. Di universiti saya menjadi Pengerusi Kelab Bahasa Melayu dan Kelab Pemasaran. Pulang ke kampung terus di lantik menjadi Ketua Belia 4B Ayer Panas. Itu semua sejarah...
Tahun 2010 akan datang agak mencabar bagi saya...
Belia...saya telah meletakkan jawatan sebagai ketua belia setelah hampir 6 tahun memegangnya. Saya kini masih memegang jawatan sebagai pengerusi tetap. Apa yang membanggakan saya bila Belia kami dicalonkan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Jasin. Saya telah mengambil tanggungjawab menyiapkan power point untuk penilaian ahli panel. Walaupun sibuk dengan tugasan yang mencabar di sekolah... saya akan curi-curi masa untuk membantu menyiapkan power point tersebut..
AJK persatuan penduduk Taman Bemban Baru... saya sedia sebab dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk taman. Seperti semua sedia makhlum penduduk di kebanyakan taman... adalah sendiri-sendiri. Sebagai orang baru di taman tempat tinggal saya.saya bersedia untuk itu..
Apa yang menjadi membuatkan saya terkejut.. saya telah dipilih menjadi Pengerusi Kelab Guru sekolah... memang saya terkejut..saya sedar tanggungjawab yang bakal dipikul... Sebagai guru yang baru masuk tahun ke 4 mengajar..pemilihan ini memang tidak diduga. Kalau dilihat ramai guru-guru yang lebih layak berbanding saya..Gemuruh juga bila mendapat jawatan ini..Sukar juga melelapkan mata..Saya termenung panjang....Mungkin telah tersurat sejak azali lagi.. saya yang terpilih untuk memegang jawatan ini.. walaupun rasa terbeban.. saya terpaksa terima..Saya mula berfikir jika guru-guru memilih saya...pasti ada yang mereka lihat pada saya.. Bulatkan sahaja tekad... pasti saya mampu melakukannya... Saya cuma berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Saya akan menghadapi apa jua yang mendatang. Saya cuba mencari positfnya saya dipilih.. Melatih saya menjadi guru yang disenangi, berani mengeluarkan idea, memperbaiki mutu pengucapan umum... tidak mengapalah biar saya belajar sedaya mungkin.. Jika saya dikritik saya akan terima. Sebagai guru yang baru dahagakan pengalaman saya harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Saya pasti boleh... tukar minda dari beban kepada tanggungjawab...
Hanya Allah yang memudahkannya... dan mudah-mudahan dijauhkan aib... amin.......
Kepada guru-guru yang membaca bolehlah memberi panduan...

Jawatan 2010...
Jumaat, 25 Disember 2009
Rasulullah Selalu Berlapar
Bila saya memandu pulang ke kampung isteri di Batu Pahat saya sering memilih 102.3 MelakaFM. Siarannya dapat sampai ke Batu Pahat..Al-makhlumlah anak Melaka...
Apa yang membuat saya tersenyum bila mendengar lagu makan yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid.. Liriknya membuat saya terfikir mewahnya kita..macam-macam yang dapat kita makan.. belimbing besi, pucuk paku, ikan parang dan macam-macam lagi.. Hari ini rezeki begitu melimpah ruah..bersyukur kita..banyak juga yang kita makan yang kadangkala mendatangkan penyakit...
Bila saya menyelak majalah Solusi Isu No.14..terus saya menarik nafas panjang...
"Rasulullah Selalu Berlapar" Aisyah r.ha. berkata, "Tidak pernah keluarga Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia"
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku bertanya kepadanya; 'Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawaban Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda. Baginda berasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.'"
Kisah Rasulullah benar-benar membuat saya berfikir...kita satu hari paling kurang 3 kali makan sehari .hingga kenyang dengan lauk-lauk yang lazat-lazat...Kalau kenduri-kendara kadang kala banyak lauk-pauk di buang...
Pernah suatu ketika kita begitu berluap-luap memboikot beberapa restoran fast food..lengang seketika... tetapi kini kalau bukan orang kita yang penuhkan restoran fast food tu siapa lagi...ternyata semangat kita suam-suam kuku sahaja....

Makanan pelik-pelik....
Khamis, 24 Disember 2009
Selamat Hari Ulang Lahir Buat Isteri Tersayang.....

Selamat Hari Lahir buat isteri tersayang yang ke-28, semoga sayang sentiasa bahagia dalam lindungan keberkatan daripada Allah swt. Segala apa yang dicita-citakan mudah-mudahan mendapat lorongan yang mudah daripada Allah swt. Selagi mana hajat dan cita-cita itu tepat dalam garisan syariah dan tidak melanggar apa yang dilarang pasti ada jalan untuknya.
Semoga menjalani praktikal dengan sejuta kesungguhan. Jadikan harapan ibubapa sebagai assigment penting buat diri kita sebagai pendidik. Harapan ibubapa adalah cabaran buat kita. Laksanakan P&P yang dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IPGM(K)Perempuan Melayu Melaka. Sediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan murid pendidikan khas. Berusahalah...sayang...pasti boleh berjaya. Kelak bila berjaya dalam KPLI ini akan terlaksana impian menjadi seorang guru.
Dalam kehidupan dunia yang disangka panjang ini...memang banyak yang diidamkan. Dalam usia muda memang banyak yang diingini. Dapatkanlah ia..menjadi nyata tetapi janganlah keterlaluan dan melampaui batas. Segala kemewahan akan dapat dikecapi apabila hati sama dimewahi dengan keimanan dan kesyukuran... Impian dicapai bersama hati yang damai.
sebenarnya dalam usia yang dilewati ia secara hisab bertambah...tetapi hakikatnya usia kita makin pendek di dunia ini... Percaya ataupun tidak kita kini kesuntukan masa dalam menghitung hari ke sana...yang kekal... Semoga kita dapat memanfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...
Selamat Hari Ulang Lahir ke-28... Hadiahnya.....tutuplah mata...
Labels:
Hadiah Hari Ulang Lahir.......
Majalah Solusi
Saya telah mula membaca majalah solusi semenjak isu ke 7. Secara jujurnya saya merasakan ia adalah suatu medium meningkatkan iman dan dapat menambahkan ilmu. Saya juga baru dapatkan Majalah Isu ke-12.Apa yang menyentuh hati saya tentang artikel iaitu orang yang baik selalunya meninggal dunia lebih awal. 'Kepulangan' Ustaz Asri benar-benar buatkan saya terasa. Tambahan pula 'kepulangan' rakan kampung bertemu Maha Pencipta pada petang mantai raya sungguh mengejutkan. Kita semua tahu yang hidup pasti mati.... tapi kita tak benar-benar takut dan bersiap siaga. Majalah Solusi amat berkhasiat untuk santapan rohani kita. Dapatkan di pasaran sekarang.
Labels:
Majalah Iman
Langgan:
Catatan (Atom)