Sabtu, 9 Januari 2010

Langkah Pertama Di SK Sungai Lengan






Ketika temuduga "Awak sanggup posting di Sabah atau Sarawak".. "sanggup"...Kesanggupan saya benar-benar menjadi kenyataan. Memang jauh dari jangkaan saya dipostingkan ke Sarawak. Berat benar kerana kaki melangkah...bukan sebab apa. Mak tak berapa sihat buat dialisis. Yalah dah puas belajar kat Sabah dulu. Dah tiba masa nak balas jasa duduk dengan mak. Tambahan pula Mak tak sihat. Namun demikian Allah lebih bijak mengatur. Setahun di Sungai Lengan.

SK Sungai Lengan terletak di Kawasan Sibu. Perjalanan dari Sg Lengan ke Bandar Sibu lebih kurang 3 jam. Pengangkutan adalah bot. Lebih mencabar berbanding BIG.Berhampiran dengan sungai. Keluar ke bandar biasanya sebulan sekali.

Murid 50 orang. Guru 6 orang. Calon UPSR 13 orang. Murid terbaik 3A 2B.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan