Rabu, 28 Mac 2012

Politeknik salah satu laluan ke Universiti...

Saya merupakan graduan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Saya mengambil jurusan dalam Sijil Penyimpanan Kira.
Saya menamatkan pelajaran di peringkat politeknik pada tahun 1999.
Telah menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perniagaan kepujian Pemasaran di Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan keputusan Sijil Penyimpanan Kira.

Pengalaman belajar di politeknik amat menarik. Selain daripada kos yang terlalu munasabah pada ketika itu iaitu RM200.00 satu semester ia juga amat mementingkan kemahiran. Suasana pembelajaran di Politeknik adalah suatu persiapan yang baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Mungkin tanggapan masyarakat belajar di politeknik adalah 'second class' berbanding belajar di universiti. Tetapi itu pada saya tidak penting. Bayangkan saya cuma belajar di peringkat sijil ketika di politeknik. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan pelajar diploma di politeknik yang sama.

Tetapi alhamdullilah saya berjaya juga melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dengan menggunakan kelulusan sijil di politeknik. Kini saya pemegang Ijazah Sarjana Muda dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam masa terdekat.

Saya juga dapat melihat rata-rata lepasan politeknik dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tanpa sebarang masalah. Malahan pelajar politeknik dianggap 'abang' atau jauh lebih berpengalaman pelajar yang mengambil STPM atau matrikulasi.

Ramai juga rakan saya lepasan politeknik yang tidak mahu sambung belajar dapat pekerjaan yang baik di pasaran kerja.

Jadi, nasihat saya kepada pelajar lepasan SPM yang masih sangsi kepada politeknik. Ubahlah minda...saya juga melihat bangunan lebih canggih di politeknik berbanding pada zaman saya pada tahun 90-an dahulu.

Politeknik antara laluan terbaik ke Universiti.

20 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. saya juga mengikuti program sijil di politeknik, namun dengan itu semasa saya mahu ke peringkat diploma intergerasi permohonan saya ditolak jika di ambil kira pointer saya adalah melepasi apa yang dikehendaki.. dan kebetulan pada peringkat permohonan itu hanya kursus saya sahaja yang tiada lagi tawaran untuk diploma intergerasi selepas itu.. amat menghampakan pada junior junior saya yang masih lagi berada di semestar 4(akhir) dengan cara lain mereka harus mengambil diploma dalam masa tiga tahun sekiranya mereka mahu melanjutkan pelajaran... atas dasar kami yang kurang bernasib baik ini jangka masa untuk kami mengecap kejayaan amatlah panjang malah lebih berpanjangan sekiranya tindakan ini tidak di ambil kira, dan juga baru baru ini saya ada mendapat berita bahawa bagi lepasan sijil politeknik yang akan melanjutkan pelajaran ke diploma semestar kami dipendekkan lagi iaitu dari tiga tahun ke dua tahun dengan itu bermula dari semestar tiga, dan belajar semula pelajaran pada semestar tiga dan harus menjalani latihan indusrti sekali lagi... timbul rasa kegembiraan pada saya apabila mendengar perkhabaran itu, di samping itu saya masih meragui kerana saya ada membaca tentang syarat syarat kemasukan ke program pendidikan tinggi bahawa sekiranya terdapat individu yang telah menjalani latihan industri selama enam bulan individu tersebut akan mendapat pengecualian bagi menjalani latihan industri, walaubagaimana pun saya masih meraguinya kerana terdapat pensyarah pensyarah memberitahu bahawa harus juga menjalani latihan indastri... dengan itu persoalan ini menjadi tanda tanya pada di saya sendiri.

    BalasPadam
  3. POLITEKNIK KOLOT!!!UNTUK ORANG2 BODOH JER!!!UNIVERSITI LAW TERBAIK!!!HIDUP UITM!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha! budak UITM master of making Druggers..ranking u pon bawah IPTS malu laaa..

      Padam
    2. UITM tak termasuk dalam kategori top 5 university in Malaysia.soo,x pyh nak bangga sangat dok uitm.budak 2a pon boleh dapat.orang yg budak um pon x de cakap ape2

      Padam
  4. ryan seacrest--->inikah mentaliti pelajar universiti??mnghina org lain????memandang rendah kpd org??sayang sekali,student universiti yg mmpunyai pemikiran sampah mcm saudara.....kalaupun saudara pndai tapi jgn pndang rendah pada org lain...sbb kepandaian yg saudara miliki itu milik ALLAH TAALA.....

    BalasPadam
  5. Kita tidak melihat dari mana kita datang...kita melihat di mana kita berada...saya kini guru berijazah walaupun berasal dari politeknik..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum..sya ditawarkan ke politknik ungku omar..sya ada dgar org kate diploma politknik susah nak smbng degree di mana2 universiti. ?tetapi sya boleh myambung degree dgan syarat sya ade pngalamn kerja dlam bidang sya ambil selama 5 thun..

    BalasPadam
  7. Itu cerita org....saya ada ramai adik2 sekampung yg dpt melanjutkn pelajaran ke universiti

    BalasPadam
  8. Itu cerita org....saya ada ramai adik2 sekampung yg dpt melanjutkn pelajaran ke universiti

    BalasPadam
  9. ehmm cikgu saya hendak belajar bidang kejuteraan kimia..jadi..adakah dinasihatkan untu masuk ke stpm atau politeknik premier?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum, cikgu saya dapat poli ungku omar dlm jurusan diploma it networking.. sebenarnya sayy x minat pon ot.. pilihan 1-4 saya isi upu ialah law.. keputusan spm saya juga melebihi syarat kelayakan yang diminta.. tetapi saya hanya diberi tawaran ke poli.. persoalan sya.. jika saya belajar di poli bolehkah sayy smbung degree di university selepas habis belajar diploma? apa maksus diploma lanjutan?

    BalasPadam
  11. assalamualaikum :) ckgu . saya nak tnye , course perkhidmatan makanan (amalan halal) banyak ke peluang kerjaya? contoh nye mnjd seorang guru spti ckgu

    BalasPadam
  12. as salam..
    sata nka tanya adik sya dah tamat diploma akaun kat politeknik...
    tetapi bila memohon ke ipta bg sambung degree xdapat..kenapa n bagaimana nak pastikan dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat degree?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya nak email awak? Nak tanya smtg pasal dip acc in poli. Tq!

      Padam
  13. cikgu .berapa peratus peluang kerjaya/pekerjaan yang boleh dapat jika ambil diploma it(keselamatan maklumat)..

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum.Saya bercadang ingin memohon kos pemasaran di ums.Bolehkah cikgu menerangkan sedikit subjek2 yang bakal dipelajari disana?dan mana lagi okey,pemasaran atau ekonomi kewangan?Macam berminat juga dengan kos ekonomi kewanagan.Kalau boleh saya mahu tau juga sbjek2 yg bakal dpelajari dlm kos tersebut.tq.

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum.Saya bercadang ingin memohon kos pemasaran di ums.Bolehkah cikgu menerangkan sedikit subjek2 yang bakal dipelajari disana?dan mana lagi okey,pemasaran atau ekonomi kewangan?Macam berminat juga dengan kos ekonomi kewanagan.Kalau boleh saya mahu tau juga sbjek2 yg bakal dpelajari dlm kos tersebut.tq.

    BalasPadam
  16. Aku x phm org kata poli bodoh padahal byk je lepasan diploma poli smbng ijazah kat uitm atau mana² uni tempatan

    BalasPadam