Sabtu, 5 Jun 2010

Sekolah Umum Ayer Panas


Nama asal sekolah saya ini ialah Sekolah Umum Ayer Panas, kini di kenali SK Seri Bemban.

Saya mendapat pendidikan awal di bangunan ini iaitu dikenali sebagai Tadika, saya masih ingat nama cikgu saya pada tahun 1983 itu ialah cikgu Shidah dan pembantunya lebih dikenali sebagai kak zah. Pada awal tahun 2010 saya berjumpa dengan kak zah tidak semena kak zah mengambil nama saya dan katanya "awak antara anak murid saya yang berjaya". Alhamdullilah jika saya dikatakan berjaya.

Desakan keperluan semasa bangunan yang banyak jasa ini terpaksa dirobohkan dan didirikan bangunan yang lebih baru dan selamat.

Kini bangunan dan nama Sekolah Umum Ayer Panas hanya tinggal kenangan. Walaupun ada usaha untuk menamakan kembali sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Air Panas tetapi ia ternyata gagal kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Saya juga telah berjumpa dengan salah seorang guru lama yang mengajar di sekitar 70-an iaitu Ustaz Abu Bakar yang kini menetap di Chinchin. Saya juga telah membuat upah haji untuk arwah ibu saya melalui agen Ustaz Abu Bakar ini.

Walaupun banyak taman baru dibuka di sekitar Bemban kampung-kampung tradisi inilah menjadi tunjang kuat kepada kejayaan pada ketika ini.
Kampung-kampung tradisi yang dimaksudkan ialah kampung ayer panas, ulu duyung, lubuk kasau dan asam kumbang.

Kepada yang telah berjaya dari hasil teduhan di bangunan ini, kita harus berterima kasih. Sesungguhnya nostalgia ini besar maknanya bagi mereka yang tinggal di kampung tradisi dalam mukim Ayer Panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan