Jumaat, 26 Februari 2010

Guru dulu-dulu....

Teringat pada guru-guru zaman dulu-dulu... walau apa mata pelajaran yang di ajar perkataan nasihat berunsur agama pasti menjadi buah tangan kepada murid-murid...

Cikgu Alam dan Manusia menyatakan alam dunia yang terbentang ini dijadikan oleh Allah swt, Guru Matematik ringan menyebut Allah itu satu.. bila terjumpa angka 5 disebutkan juga solah 5 waktu..Begitulah hakikat guru dulu-dulu.

Bukanlah bermakna kita perlu berdakwah sehingga menjejaskan matlamat P&P, cukup sekadar satu ayat atau satu perkataan yang boleh membentuk akhlak murid-murid...

Dalam subjek kemahiran Hidup...Tahun 4 Tajuk Kreativiti dan Reka Cipta...kita menyatakan semua barang dalam dunia ada penciptanya..contoh Mr Dunlop cipta tayar, Grahamm Bell cipta telefon... tak salah rasanya kita selitkan Allah menciptakan dunia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan