Sabtu, 11 Februari 2012

Wajibkan ke sekolah agama...KPM bertindaklah sesuatu...


Di sekolah saya seramai 68 orang murid tidak bersekolah agama daripada jumlah keseluruhan murid 530 orang murid....kira-kira 13% murid tidak bersekolah agama.

Agak mendukacitakan..pada zaman saya bersekolah dahulu tidak timbul masalah ini.
Ibubapa dahulu jelas mementingkan pendidikan agama tetapi dipandang remeh oleh ibubapa zaman moden kini.

Dalam kesibukan masa ibubapa adalah menjadi sukar mereka memberi didikan agama sempurna kepada anak2 murid mereka. Biarpun ibubapa mereka seorang ustaz mahupun ustazah. Dari segi ilmu mungkin ibubapa tidak kalah. Tetapi dari segi pembahagian masa berjadual dan bersistem mungkin agak menyukarkan.

Adalah wajar anak-anak kecil yang bermula dari darjah 1 ini diberi didikan agama yang sempurna.

Saya ada membuat tinjauan secara rambang melalui perbualan dengan ibubapa yang tidak menghantar sekolah agama.

Ada yang menyatakan kasihan kepada anak-anak yang terpaksa berkejar2 ke sekolah petang. Ada yang menyatakan pencapaian anak mereka merosot kerana bersekolah agama. Katanya anak mereka tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam kerana keletihan. Ada yang menyatakan tiada pengangkutan nak menghantar anak2 ke sekolah petang. Tambahan pula ada juga ibubapa menyatakan memadailah anak mereka bersekolah agama pada waktu pagi kerana telah ada J-QAF dan Tasmik. Ada yang memandang rendah dengan kelulusan agama.

Memang macam2 alasan yang diberi...ibubapa harus sedar kepentingan asas pendidikan agama yang kukuh amat penting kepada anak-anak mereka. Biarlah anak kita menjadi seorang doktor yang beragama, jika menjadi juruterbang , juruterbang yang beragama. Akhlaknya, pengetahuan agamanya cemerlang dan dapat membentengi iman mereka.

Sudah sampai masanya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua murid menerima pendidikan agama di sekolah agama rakyat ini.

Buatlah sesuatu sebelum terlambat...jumlah 13% ini mungkin akan terus bertambah dari tahun ke tahun. Kita semua sudah tentu tidak mahu sekolah agama ini berkubur begitu sahaja. Pada masa itu mungkin pendidikan agama akan terus dipandang sepi oleh ibubapa. Bila sekolah agama ini dipandang sepi..maka runtuhlah akhlak anak mudi kita di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan